Thursday, September 28, 2006

Esok Puasa


SEKITAR tahun 1997 jika tidak silapku ianya terjadi. Kisah hari terakhir sebelum menjelang Ramadhan yang mulia. Waktu itu aku masih menuntut di Tahun Dua.

Hadirnya bagaikan menguji keimanan umat Islam. Tayangan Titanic yang dikhabarkan sangat menggemparkan dan hebat kisahnya dilayarkan ke panggung ketika minggu-minggu terakhir sebelum Ramadhan. Teman serumah sibuk bercerita, sedihlah.. syahdulah.. nangis.. itulah, inilah.. bla.. bla.. tengok dengan abang aku (zaman tu orang suka panggil teman lelaki dengan 'abang' dan bukannya 'hubby or bii...' macam zaman sekarang.. hehe..)

Dia yang sudah pun menontonnya buat kali kedua, sanggup membeli VCD cetak rompak yang harganya ketika itu masih lagi mahal (sekitar RM11 sekeping). Gambar pun masih buruk semacam! Tapi aku hairan dia masih mengalirkan air mata. Menangis tersedu-sedan. Begitulah penangan Titanic. Disebabkan hal itu, aku dan rakan-rakan yang lain sangat teruja untuk menyaksikan sendiri kehebatan yang diperkatakan orang.

Hari itu hari terakhir sebelum Ramadhan menjelang. Aku, Lya dan Dila bercadang untuk menontonnya pada tayangan sebelah petang (aku tak ingat pukul berapa). Apa yang pasti, untuk ke sana kami harus menaiki dua bas awam. Pelangi Leisure Mall. Masih lagi ku ingati panggung wayang paling 'gah' ketika itu.

Satu hal yang juga pasti, kami perlu ponteng kuliah pada hari itu. Satu atau dua kuliah. Aku tidak ingat berapa jumlah kelas yang harus dikorbankan. Kami bertiga menanam tekad. Untuk mencapai sesuatu perlukan pengorbanan dan yang terkorban adalah kelas menuntut ilmu.
"Tak apa, masih banyak kawan-kawan yang sanggup meminjamkan nota.. hehe," itulah antara alasan kenapa pengorbanan itu tidak membawa kemusnahan.

Kami berusaha memujuk Aini. "Ala, esok tak boleh tengok.. esok dah puasa." Itulah kata-kata yang berulangkali kami ucapkan padanya. Namun, semangat Aini untuk menuntut ilmu terlalu tebal dan dialah rakan yang paling skema di antara kami berlima. Oh.. terlupa pula, dia dan Noly. Kenapa Noly tidak ada di dalam cerita ini? Entahlah.. aku terlupa sebenarnya dia di mana ketika kisah ini berlangsung.

Esok dah puasa. Tidak boleh tidak.. kena tengok hari ini.
Dan sebagaimana dirancang; aku, Lya dan Dila bergegas ke tempat menunggu bas di luar pintu gerbang UTM dan bersedia untuk menitiskan air mata.

Sedih jugalah. Namun, kesedihan itu tidak mampu memadamkan kesebalan yang membuak-buak di dalam hati bila mana seorang lelaki yang duduk bersebelahan denganku (ataupun Lya) tidak sudah-sudah menganggu ketenteraman. Dan dia juga menghabiskan ayat terakhirnya, "Sedih ke? Nangis ke? E'eh.. nangis.." dan dengan tak malu juga sengaja meneliti muka kami ketika lampu terpasang. Ingin sekali aku menghadiahkan sebuah penampar buatnya namun kerana esoknya puasa, aku sewajarnya bersabar.

Sabar je lah.. Esok nak puasa.

5 comments:

Anonymous said...

Citer titanic memang sedih..huhhu hingga hari ni kalo tgk pun akan nangis lagi kut..

:)..ceh mamat tu hensem tak? kalo hensem ok ar layan kalo tak sepak jer muka dia tu ..


~~Aku BUkan Bidadari~~

Anonymous said...

Hehehe....teringat masa dulu...bestnya berpuasa masa zaman study2 dulu...sorryla ek..x dpt join korang dulu, bukan apa asik terbayang muke bapak aku yg garang tu...

Anonymous said...

Am tak perasan kesedihan cerita itu kerana sibuk tunggu babak kapal tengelam sahaja. Tengah fikir isteri Am ada nangis tak tengok cerita itu hehehe

mamat tu sebenarnya prihatin dengan peka pada gadis-gadis yang lemah hehehe

Nieys Zahri said...

tiara >> ntah la.. rasanya macam tak je.. hahaha.. tak perasan.. kalau muka ala-ala Keanu Reeves ke, tingin gak nak layan.. warghhhh warghhh.. :D

aamy >> ooo.. patutlah.. dah hampir 9 tahun berlalu barulah aku tahu itu punca sebenar..

am >> Nieys tak nangis masa hero mati, tapi Nieys nangis masa pekerja2 kat bawah yang terperangkap mati.. hahaha.. pasal hero tu tak sedih langsung.. hahaha..

Anonymous said...

Apo plak cito titanic la nih...
nenek nak gak kobar an citor pasa nenek ngan atuk nengok cito titanic dulu kek. kitorang nengok kek wayang gak, kek kolo pilah..
maso tu atukkau baghu abih monobeh lalang kek blakang umah...
pendek an cito la eh... cito eh ..ungggg mak aih mmemang sodih... moleleh air mato nenek bab tukang basuh pinggan dalam kapal tu mati.. sodih..sodih...
Tapi ado satu bab tangkap feeling.. nenek tak leh lupo ..,nenek pun lentok gak siap sandar kat bahu atuk kau.. ado ko di kobar an dek atuk kau nenek ni dah tuo nak mampuih.. buat tebiat.. nenek nak gak ghaso macam bocinto dlu2..
Tapi takpo la.. atuk kau pun dah mampuih... nak buek camno.. cito pun tak guno..

Adiosss... wacaaa... ahahaiiii... tocabut lak gigi nenek...