Wednesday, November 01, 2006

Mesej Penting

Assalamualaikum, salam semua..

Saya mohon maaf kerana tidak sempat hendak membalas komen dan sapaan yang diberikan oleh teman-teman. Di sini, saya ingin memberitahu bahawa saya sudah membuka satu weblog yang baru di alamat : http://nieyszahri.wordpress.com/

Sahabat semua dijemput untuk melawat dan memeriahkan laman baru yang telah saya nyatakan di atas.

InsyaALLAH, mulai hari ini entri-entri terbaru saya akan saya siarkan di laman yang baru itu dan laman ini barangkali akan saya kuburkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.


Sekian. Terima kasih.

Friday, October 20, 2006

Keluargamu, di situ letaknya kebahagiaanku...

PERNAH tengok iklan raya TV3 tak? Tentu sekali pernah, kan? Sebetulnya ilham untuk menulis entri ini sudah pun terlintas di benakku minggu yang lalu.

Dalam iklan berkenaan memaparkan seorang kanak-kanak yang berasa janggal dengan suasana kampung akhirnya begitu bahagia menyambut syawal bersama sepupu-sepupunya.

Terimbas ketika zaman kecil, kanak-kanak begitu mudah mesra dan cepat berkawan. Mereka tidak fikirkan terlalu banyak sebab-sebab kenapa mereka tidak boleh berkawan. Atas alasan itulah barangkali TV3 mengambil inisiatif untuk menyiarkan iklan seumpama ini.

Ada seseorang memberitahuku, "budak-budak memang senang berkawan kan? Masa kecil dulu, saya juga begitu. Tapi, bila dah dewasa.. masing-masing buat-buat tak tahu je. Sepupu sendiri tapi tak mesra..macam tak kenal.. dan memilih siapa yang mereka ingin berkawan dan bertegur sapa.. "

Itulah lebih kurang keluhannya yang saya dengari minggu yang lalu. Tidak semua insan di dunia ini melalui situasi sebegitu. Namun, hakikatnya.. perkara sebegitu seakan sudah terlalu biasa berlaku dalam masyarakat kita. Maka, tidak hairanlah.. jika di radio era juga berkumandang dengan jelas ayat yang menjadi ikutan ini,

"Aiman tak kisahhhhh..."

Agaknya, kalau Aiman dah dewasa apakah ucapan ikhlas dari bibir Aiman?

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Keluargamu, di situ letaknya kebahagiaanku. Semoga teruslah ianya menjadi slogan sehingga ke generasi akan datang...

Thursday, October 19, 2006

Baju Raya

ADA baju kurung. Ada jubah seluar. Ada baju melayu. Kain pelikat. Baju pagoda. T-shirt. Jeans. Tudung. Tudung Italy. Tudung Mawi (sejak bila pulak Mawi pakai tudung..). Tudung bawal. Tudung berlian. Huh.. macam-macam lagi.

Tahun lepas, aku bagaikan tak cukup tangan hendak membeli baju raya. Bukan nak berlagak tapi itulah tahunnya aku membeli begitu banyak baju raya. Enam pasang kesemuanya. Ada baju yang aku berkenan tetapi saiznya kecil sedikit. Lantas, aku meninggalkan jurujual dengan ayat biasa, "Tak apalah.. nak tengok-tengok dulu.."
Selang beberapa saat kemudian, aku kembali ke booth berkenaan untuk mendapatkan baju tersebut. Semuanya kerana aku rasa kesian dengan muka jurujual yang kecewa bila aku berlalu. Ah, sehingga ke hari ini.. baju itu masih lagi tergantung di dalam almari. Barangkali, itu tandanya aku perlu menguruskan badan supaya baju itu kembali tersarung di tubuh ataupun jawapannya, baju itu bakal diserahkan kepada adik perempuanku yang tentunya teruja menerimanya.

Itu tahun lepas. Tahun ni lain pula ceritanya. Aku ke tempat biasa. Memerhati sekeliling. Keinginan untuk membeli baju itu dan ini seakan sudah lenyap. Barangkali kerana aku terfikirkan berapa kerap sangat aku memakai baju kurung dalam setahun. Membazir. Lalu, baju praktikal juga yang ku beli. Dan cukuplah satu. Suami? Sehingga ke hari ini aku masih memaksanya membeli sehelai t-shirt untuk hari raya.

Kenapa, ya? Keterujaan untuk membeli baju raya seakan terkikis sedikit. Agaknya kerana bosan melihat baju-baju yang bergantungan di rumah emak. Iya, emakku seorang tukang jahit yang begitu popular di kampung.

Teringat kata ayah, "Masa kecik dulu ayah beraya pakai baju sekolah. Semua orang ketawakan ayah sebab pakai baju sekolah.."

Wednesday, October 18, 2006

Raya Pertama...

Raya pertama.. Hati teruja memberikan duit raya untuk sepupu-sepupu kecilku. Alangkah sebalnya hati bila terdengar mereka berkata.."Ceh, dua riyal jah..?"


Raya pertama.. Memandu kereta biru dengan adik lelakiku. Sanggup tidur di tepi Sungai Pahang sementara menunggu malam berlabuh. Hanya kerana tidak mahu menyemakkan fikiran dengan kebingitan suara saudara-saudara kecilku.

Raya pertama.. Kebaya pertama ku beli dengan duitku sendiri. Merah menyala si kain sari. Aku membelinya di Kota Tinggi. Kini jadi hak mutlak adik perempuanku. Masih lagi di dobi.

Raya pertama.. Rona coklat muda jadi pilihan. Bergandingan dengan pasangan hidupku menuju rumah saudara-mara.

Raya pertama.. Bekalan air paip terputus lagi. Sepanjang hari menghabiskan masa berkunjung ke rumah saudara mara dan taulan.

Raya pertama.. Entahlah.. Hurmm...

Raya pertama.. Tahun ini di rumah mertua buat kali kedua.. Adik ipar bekerja. Ayah mertua entahkan bekerja juga. Abang ipar kedua tentunya tidak pulang. Lantas.. apa yang tinggal..?

Tinggal tengok sajalah..

Dodol Yang Sedap

Assalamualaikum kawan-kawan,


Bersopan sungguh aku memulakan entri pada kali ini. Ya.. apa salahnya bermula dengan salam kerana aku tahu pengunjung di sini kebanyakannya tahu menjawab salam.

Malam ini aku dipaksa berjaga oleh suamiku. Gara-gara tidak mahu terlepas sahur seperti semalam. Benar, dia menyarankan aku bermain pool di yahoo.com dengan harapan dapat membuatkan aku lebih teruja untuk berjaga. Sewaktu di dalam kereta tadi pun, dia ada bertanya bila aku hendak menyiapkan cerita terbaru ku itu.. Amat mustahil untuk bermula dalam keadaan mata yang dipaksa-paksa begini.

Berbual sejenak dengan Abang Long. Apa lagi.. berbual bicara tentang perihal dodol yang menjadi kesukaan kami berdua. Dia memberikan aku beberapa tips emas bagaimana caranya untuk mengacau dodol. Andai kalian berminat untuk mempelajari serba sedikit tips emas tersebut dipersilakan menyelak pesanan-pesanan yang tertera di laman shoutbox tersebut.

Seumur hidup aku tidak pernah sekali pun mengacau dodol. Aku hanya teringat, setiap kali hari raya menjelma, aku dan keluarga akan berkunjung ke rumah bapa saudara di Felda Jengka 20. Hari raya pertama yang pastinya kerana aku tidak mahu ketinggalan dodol yang begitu laris disumbatkan ke mulut-mulut tetamu yang datang. Seumur hidupku juga.. itulah dodol paling sedap yang tidak terbandingkan setakat ini. Barangkali kerana ianya masih baru..lembut, lemak berkrim disukai ramai.. Tanpa segan-silu aku hanya akan menghabiskan sebahagian besar masaku di situ dengan menjamah dodol yang terhidang tanpa menyentuh biskut-biskut raya yang tidak kurang meriahnya di dalam balang-balang kaca. Emak pastinya akan berpesan supaya tidak terlalu banyak menjamah dodol itu dengan usikan takut terkenan pula pada anak-anakku yang akan kesuraman warna kulitnya seperti dodol itu. Ah! Ada-ada sahaja.. dengan spontan juga aku akan membalas, "nak buat macam mana.. dah bapaknya pun warnanya hampir begitu juga.." Muahahaha.. Jahatnya aku! Apa ada pada warna kulit? Sekurang-kurangnya aku tahu, yang gelap itulah sedap dimulutku.. Maksudku, sudah tentu dodol itu dan janganlah kalian berfikir yang lain..

Teka Teki Teku

Satu - Saya
Dua - Benda
Tiga -Benda Saya
Empat -Benda-Benda
Lima -Benda-Benda Saya
Enam -Bunyi


Inilah teka-teki yang sesuai untuk diajukan kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Sekadar menunaikan janji dengan Abang Long. Hehe.. :D
Selamat meneka!

Tuesday, October 17, 2006

Rabun

RABUN menjadi penyumbang kemalangan? Eloklah periksa tahap kerabunan mata anda..

Aku jua begitu tetapi kenapa orang lain yang suka melanggar keretaku?

Kuih Tulis

Inilah antara cara-cara kuih tulis yang telah menjadi tradisi kepadaku setiap kali menjelang musim perayaan. Tekniknya, hanya merasa dan tulis di dalam sekeping kertas. Jangan lupa, bayar bila tempahan sudah diterima.
Terima Kasih.

Kala Hati Ingin Berkata


ALLAH tidak akan memberikan ujian yang melampaui kemampuan manusia. Hanya manusia yang seringkali buruk sangka.
-Malin Kundang 2.

Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi segala ujianMu. Jika aku ditemukan dengan mereka untuk menguji sejauh mana kesabaran ini, maka limpahkanlah rahmat ke atas kami. Teguhkanlah imanku supaya aku tidak akan melakukan sesuatu yang jauh lebih buruk dari apa yang telah mereka lakukan kepadaku. Semoga kami tidak akan menyesal di kemudian hari. Amin.

Monday, October 16, 2006

Pencinta Wanita. Bacalah...

Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

hahaha.. macam pernah buat je masa zaman muda-muda dulu.. Apa pandangan kalian? Biasa buat atau terbiasa kena?

Pencinta Wanita. Bacalah...

Aku mendapatnya daripada email. Barangkali ada yang sudah membacanya. Namun, hatiku terpanggil untuk mencatatnya di sini... satu persatu...

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

Aku mengaku. Akulah spesis wanita itu. Hehehe...

Saturday, October 14, 2006

Macam Best Je...

Hmm.. macam best je tag ni. Aku tengah tak ada kerja lah ni. So, atas permintaan 13may kat dalam ruangan komennya, jadi aku pun tanpa segan silu memulakan senarai di bawah...


5 things I would do if I were a millionaire :

  • Ingin menjadi manusia yang punya rezeki melimpah-ruah dengan penuh keberkatan.
  • Tak nak le ada apa-apa hutang.. boleh ke?
  • Nak ada banyak syarikat-syarikat yang besar supaya dapat mengurangkan masalah pengangguran
  • Terus menulis kot. Sebab aku memang suka menulis sampai bila-bila pun..jika diizinkan..
  • Entahlah.. rasanya jawapan di atas dah merangkumi banyak perkara.

5 bad habits :
  • Susah melupakan sesuatu.
  • Senang juga melupakan sesuatu yang lain.
  • Suka melepak depan PC sampai terlupa nak kemas rumah.
  • Suka beli buku walaupun kadang-kadang buku berkulat sebab tak habis baca.
  • Suka fikir benda yang orang malas nak fikir. Sehingga sampai satu masa ianya membuatkan aku rasa rimas.

5 things I hate doing :
  • Kemas rumah. Terpaksa gak buat sebab tak ada maid. Hahaha..(adakah tandanya aku tidak ikhlas? sabar..sabar..)
  • Bersesak-sesak.. Tidak kira di shopping complex, stesen komuter, parking lot mahu pun di atas jalanraya.
  • Mendengar seseorang membebel. Bukan seseorang tetapi beberapa orang.. hahaha.. bilalah mereka-mereka itu mahu berhenti
  • Mendengar orang bertanya soalan-soalan yang menyentuh perasaan.
  • Menelefon dan menunggu Penerbit membayar duit hasil penulisanku.

5 things I'll never do :
  • Membelasah orang-orang tertentu walaupun kadangkala kesabaranku teruji.
  • Berhenti berharap
  • entahlah.. peninglah nak kena fikir sampai lima.

5 things I regret doing :
  • Rahsia.

5 fave toys or thing :
  • Barang-barang pemberian suami, keluarga dan kawan-kawan.
  • Kereta ku yang buruk itu. Sudah terlalu banyak kenangan bersamanya termasuk melanggar kereta orang di parking lot sewaktu aku menjadi pemandu tak berlesen selama tiga bulan.
  • Wallet yang berisi IC, lesen, ATM card, gambar dan duit. Teramatlah susah bila kehilangannya. Aku pernah melaluinya dan tidak ingin melaluinya sekali lagi.
  • Semua hasil kerja tanganku sendiri.
  • Gambar.

5 people I choose to do this :
  • Cikgu Pizik a.k.a eje
  • Mazudi
  • Blackpurple.. heheh..baru letak..
  • Tiara
  • Orang-orang yang berada dalam senarai 'sahabat blogger'.