Wednesday, October 18, 2006

Dodol Yang Sedap

Assalamualaikum kawan-kawan,


Bersopan sungguh aku memulakan entri pada kali ini. Ya.. apa salahnya bermula dengan salam kerana aku tahu pengunjung di sini kebanyakannya tahu menjawab salam.

Malam ini aku dipaksa berjaga oleh suamiku. Gara-gara tidak mahu terlepas sahur seperti semalam. Benar, dia menyarankan aku bermain pool di yahoo.com dengan harapan dapat membuatkan aku lebih teruja untuk berjaga. Sewaktu di dalam kereta tadi pun, dia ada bertanya bila aku hendak menyiapkan cerita terbaru ku itu.. Amat mustahil untuk bermula dalam keadaan mata yang dipaksa-paksa begini.

Berbual sejenak dengan Abang Long. Apa lagi.. berbual bicara tentang perihal dodol yang menjadi kesukaan kami berdua. Dia memberikan aku beberapa tips emas bagaimana caranya untuk mengacau dodol. Andai kalian berminat untuk mempelajari serba sedikit tips emas tersebut dipersilakan menyelak pesanan-pesanan yang tertera di laman shoutbox tersebut.

Seumur hidup aku tidak pernah sekali pun mengacau dodol. Aku hanya teringat, setiap kali hari raya menjelma, aku dan keluarga akan berkunjung ke rumah bapa saudara di Felda Jengka 20. Hari raya pertama yang pastinya kerana aku tidak mahu ketinggalan dodol yang begitu laris disumbatkan ke mulut-mulut tetamu yang datang. Seumur hidupku juga.. itulah dodol paling sedap yang tidak terbandingkan setakat ini. Barangkali kerana ianya masih baru..lembut, lemak berkrim disukai ramai.. Tanpa segan-silu aku hanya akan menghabiskan sebahagian besar masaku di situ dengan menjamah dodol yang terhidang tanpa menyentuh biskut-biskut raya yang tidak kurang meriahnya di dalam balang-balang kaca. Emak pastinya akan berpesan supaya tidak terlalu banyak menjamah dodol itu dengan usikan takut terkenan pula pada anak-anakku yang akan kesuraman warna kulitnya seperti dodol itu. Ah! Ada-ada sahaja.. dengan spontan juga aku akan membalas, "nak buat macam mana.. dah bapaknya pun warnanya hampir begitu juga.." Muahahaha.. Jahatnya aku! Apa ada pada warna kulit? Sekurang-kurangnya aku tahu, yang gelap itulah sedap dimulutku.. Maksudku, sudah tentu dodol itu dan janganlah kalian berfikir yang lain..

4 comments:

Abang Long said...

nieys, dari gambar tu, teringat sesuatu, bila nak hidang dodol (yang dah dipotong - potong), letakkan dulu diatas daun pisang (pastikan daun pisang tu dah dilayurkan dahulu), kemudian baru letak atas piring, supaya tidak "melekat" kembali ....rasa pelik petua nih ... tapi abang dah cuba, ya tak ya jugak ... tak melekat ... sampai abang pernah belek daun pisang tu ... tak de pakai bahan kimia yang boleh "mengasingkan" dodol tu ... tapi memang menjadi .... alahai .... sampai hari ni tak ada sesiapa pun yang boleh beri jawapan pasti ....

Nieys Zahri said...

aamy >> suka? terima kasih.. terima kasih.. hehe..

abang long >> daun pisang banyak faedahnya.. kalau nak daun pisang, jangan lupa berkunjung ke kebun ayah nieys.. hehe.. siap promote lagi.. :) gambar tu ambil dari internet sebenarnya.. haha.. :D

nagacute >> iskh.. iskh.. sama la kita.. tengok dalam gambar je ada la.. tapi kuih lapis sarawak memang sedap.. :)

Mersik said...

Ini macam kena tukar lagu dodoi si dodoi menjadi dodol si dodol laa..hik hik..nnt abg long wat gathering dodol plak gegege hik hik alahaiii

Nieys Zahri said...

mersik >> ok le tu pokcik.. nak wat dodol nanti jangan lupa ngajak abang long.. sifu dodol tu.. :)