Thursday, September 28, 2006

Cetusan Seorang Pejalan Kaki

APABILA melihat gambar ini hatiku segera terimbau kisah-kisah nan lalu. Di sinilah kedua kaki ini melangkah menyusuri jalan ini ketika aku terpaksa ke kelas dengan menggunakan bas awam. Ketika zaman itu sehinggalah sekitar setahun aku mula bekerja, aku gemar menggunakan kedua kaki untuk ke mana-mana. Kalau tidak pun, menggunakan pengangkutan awam. Jarang terasa letih. Barangkali kerana itulah aku jauh lebih kurus dari sekarang ini (waaa.. sedihnya)

Seorang pembantu HR di pejabat lama ketika aku bertugas di JB pernah bertanya padaku, "Jalan kaki? Tak penat ke?" Dia mempamerkan wajah yang penuh kehairanan disertai gelembur-gelembur di dahi.

Aku menjawab dengan senyuman. Terselit juga rasa aneh, kenapa harus dia bertanya sedemikian rupa? Tidak bolehkah aku berjalan kaki? Adakah terlalu menyukarkan dan terlalu mustahil untuk seorang manusia berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat yang jaraknya sedikit jauh dari rumahnya?

Kini, aku mengerti. Bila sudah memiliki kereta sendiri, aku rasa amat 'letih' untuk menapak ke Giant yang hanya memakan masa lebih kurang sepuluh minit dari rumahku. Begitulah kehidupan. Aku hairan, kenapa dulunya aku mampu berjalan kaki selama berjam-jam?

Dan tibalah giliran aku bertanya pada adikku, "Tak lenguh ke berjalan kaki ke kedai depan tu?"

Tak salah mengenang kisah yang lalu kerana dengannya kita akan mula belajar untuk menghargai kehidupan yang kita miliki.

3 comments:

ryan2zing said...

yela.. saya pulakkan dulu, bukan saja berjalan kaki, malah berlari2 lari di dlm kampus UTM skudai tu..boleh katakan setiap hari kuliah saya berlari2.. berlari dari parking motor ke kelas.. yela.. dah tiap2 pagi datang kelas lmbt.. hehehe..kuang..kuang..kuang..

Anonymous said...

aahh...dah lama tak jalan kaki jauh2 mcm ni...rindula kat kenangan tu....

Nieys Zahri said...

ryan >> walaupun kau selalu berlari, berjaya juga aku meminjam notamu selalu..haha.. :D

aamy >> sekarang ni susah nak jalan kaki camni. anak menjerit2 nak ikut sekali..kan?