Monday, September 11, 2006

Sesuatu Yang Tak Disangka

AKU kembali lagi pada minggu yang terbaru. Dan aku mengharapkan semoga minggu kali ini lebih baik daripada minggu-minggu yang sudah..

Minggu lepas teruk PC aku dikerjakan beberapa ketul virus yang aku syak datang berkunjung menerusi tumbdrive adik aku yang tersayang. Aduhh.. Hanginnya satu badan! Spesis virus ini tersangatlah kurang bersopan kerana dia masuk tanpa memberi salam. Menganggu dan terus mengganggu meskipun ditikam berkali-kali. Dia datang dan terus datang dengan nama intenat, RavmonE, Isass dan entah berapa banyak nama lagi. Alhamdulillah, setelah melalui proses formatan sekali lagi.. virus-virus itu harapnya dapat dimusnahkan sama sekali. Aku juga bersyukur kerana beberapa fail penting termasuk manuskrip yang sudah mencecah ratusan mukasurat dan gambar-gambar masih selamat tersimpan. Meskipun aku menyimpannya di dalam tiga tempat berasingan sebelum ini sebagai langkah keselamatan.. namun, aku tetap lega kerana fail penting itu tidak terjejas sama sekali..
Sewaktu sedang mengformat itulah berlaku satu petir yang kuat. Dan kalau kalian pernah membaca kisah fobiaku sebelum ini, keadaan ini cukup menggentarkan buat diriku. Dan aku bergegas keluar dengan segera dari bilik air semata-mata untuk melihat keadaan komputer dan suamiku. Alhamdulillah, mujurlah tidak berlaku apa-apa. Tugasan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Sejak pagi ini dan sehingga kini, talian streamyx di rumah mengalami masalah. Dan aku pasti, ianya berpunca daripada petir yang terjadi. Huhu.. sedihnya. Mungkin ini satu petanda supaya aku menumpukan sepenuh masa yang ada untuk menyiapkan manuskrip aku yang masih belum sempurna.
Menggunakan 'dial-up' teramatlah memenatkan kerana terpaksa menunggu lama berbanding talian streamyx.. ngeh..ngeh.. tensionnya aku..

No comments: