Wednesday, September 06, 2006

Kerana Tidak Sabar

DUA MINGGU lepas macam lipas kudung aku ke hulu ke hilir.. merata aku mencari majalah NONA keluaran September. Ketika itu aku bersama Sha, salah seorang sahabatku yang selalu juga keluar denganku sejak menjadi surirumah ni..

Dia tanya aku, aku cari majalah apa dan kenapa?? Aku cuma senyum sambil berkata, "Adalah...nanti kau tengok.."

Konon nak buat suprise la tu... sebab aku tahu, dia mesti suka baca isu utama majalah tu.. Kecewa rasanya bila aku cari di MPH, kedai-kedai buku dan majalah yang kiranya 'hangat' jugalah.. sampaikan aku sanggup berjalan kaki saat hujan mula merenik (masa tu aku dah mula kurang sihat).. tapi tak jumpa jugak.. Bila aku tanya, mereka kata dah habis..
Aku beritahu Sha, apa sebenarnya yang aku cari dan kenapa majalah tu laris sangat dengan andaian.. ramai betul orang yang nak baca cerita tu..

Akhirnya aku jumpa juga majalah tu..Kedai terakhir yang aku kunjungi pada malam itu sebelum menemankan suami memancing lagi.. Pertama kali aku rasa betapa 'sengalnya' aku kerana sanggup membeli majalah yang sedikit terkoyak kulitnya. Bagai terdesak.. aku membeli juga majalah tu dengan andaian, mungkin inilah majalah terakhir yang aku jumpa..

Masa aku baca majalah tu kat tepi kolam memancing.. ada la juga orang yang tengok-tengok sambil bercakap sesama sendiri masa lalu-lalang tu. Aku tak kisah.. biarlah orang kata aku ni 'suka gossip' pun.. yang penting, jarang juga aku teruja nak beli majalah sebab nak baca kisah sensasi.. sebab aku lebih suka beli Impiana ataupun majalah yang 'berbahasa' sikit..

Sedih aku ketika membacanya dan aku hormatkan TZ sebab dia pandai berbahasa.

Keesokan harinya aku pulang ke kampung dengan membawa majalah tu.
Mak aku kata, "Amboi..memang nampak muka anak-anak orang kaya.." dan dia kata lagi, "Putihnya TZ.."

Ayah aku kata, "Apa la majalah ni..iklan je.. berapa harganya? (sambil membelek harga) hah..?? mahalnya..."

Adik aku balas balik, "Memang la mahal.. tengoklah semua kaler.. iklan tu nak cover cost, memang la patut banyak iklan.."

Aku rasa lega sebab biasalah.. aku selalu geram ngan kenyataan-kenyataan ayah aku (yang selalunya boleh diduga) tapi aku malas nak balas sebab tak mahu jadi berpanjangan.

Kakak ipar aku pula dengan wajah bersahaja menyatakan, "Oh.. inilah dia TZ.."

Bila pulang, mak aku ber'psikologi' dengan aku supaya aku meninggalkan majalah tu. Arakian, aku pun meninggalkan majalah itu di kampung dengan harapan Sha tidak kisah bila aku kata padanya, "Sorry Sha.. aku dah jumpa magazine tu tapi aku tinggal kat kampung la.. Kau beli yang lain je la yer.."

Semalam aku singgah di kedai majalah yang biasa di hadapan Giant Shah Alam 18 dan aku mendapati begitu banyak majalah Nona keluaran September yang aku tergila-gilakan tu. Dalam diam-diam aku merasakan sungguh 'sengal' diriku ini kerana tidak sabar-sabar hendak mendapatkan keluaran itu..

Agaknya aku memang tak sabar. Sebab itulah aku tidak sempat berfikir bahawa sesungguhnya majalah yang aku dapati 'habis' di kedai-kedai yang kutanyakan itu sebenarnya adalah keluaran bulan Ogos..Maklumlah dua minggu lepas kan belum masuk bulan September..

Itulah.. teruja sangat nak bawa balik majalah tu ke kampung.. Tuan kedai yang jual majalah koyak tu juga yang senyum puas sebab ada juga orang sengal macam aku yang sanggup beli majalah yang 'mahal' tu..

8 comments:

Unknown said...

Cerita apa tu ek nieys sampai sanggup bersusah payah cari majalah tu. TZ?? saper ekk??? Lama tak tgk majalah melayu ni...hehe

tumismenumis said...

Boleh!!?
Apa sebenarnya yg best sangat pasal TZ tu?

MRC said...

bes sgt ker c tz tuh nieys.

Awan Badai said...

Awan suka baca komik

Dragon Ball
Pedang Setiawan
One Piece
Naruto

Menjana daya imaginasi untuk menulis...hehe.

Tapi tak beli pun, either baca kawan punya, or download dari internet. Save bajet maa.

Mamamanja said...

mesti nak baca tentang x DK tuh!

Nieys Zahri said...

kak yus>>
Cerita apa tu ek nieys sampai sanggup bersusah payah cari majalah tu. TZ?? saper ekk???
...Cerita pasal kehidupan seorang perempuan yang jarang-jarang dikeluarkan dalam majalah.

mazudi>>
Apa sebenarnya yg best sangat pasal TZ tu?
...Apa yang tak bestnya pasal TZ?

Cherry>>
bes sgt ker c tz tuh nieys
...masih belum terlewat untuk mengenalinya

Awan>>
Awan suka baca komik
...Ya.. Dulu pun saya suka baca komik. Terutamanya Pedang Setiawan dan minat dengan Pendekar Tanpa Nama dan Penjejak Badai. Bahan bacaan berubah mengikut usia

Menjana daya imaginasi untuk menulis
...Rasanya komik lebih menjana minda untuk melukis. Sebab kengkawan yg suka baca komik dan Nieys sendiri dulu pun suka melukis.. terutama sekali ketika dalam kuliah yang teramatlah membosankan..

Tapi tak beli pun, either baca kawan punya, or download dari internet. Save bajet maa.
...Isy.. Isy.. siannya member tu.. haha... :D
tapi Nieys dulu selalu pinjam budak lelaki punya.. sebab budak ppuan tak minat baca komik.. hihi..dan sebagai rakan perempuan.. memang senang nak dapat sumber meminjam...

Mamamanja
mesti nak baca tentang x DK tuh!
...tak salahkan? Bukan dia kutuk orang pun.

Ayu Mohamad said...

hahahahaha sabo jek la.. ha ah apa yg menariknya tuh sampai sanggup cari tuh? apa kisahnya si TZ tu?

Nieys Zahri said...

hai Jerry..

mesti u pun jenis suka baca al-Quran kan? Puasa nak dekat ni.. alhamdulillah..