Peragut
"Huh! Penatnya! Kenapalah panas sangat hari ni! Rasa macam nak pengsan!" Rungut Natrah.
Natrah dan Syikin baru sahaja pulang dari bersiar-siar di KLCC. Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam membuatkan penat menyelubungi seluruh tubuh. Kalau hendak diikutkan, bukan jauh sangat jarak antara lokasi itu dengan kawasan rumah mereka di Damansara Utama ini. Tahu sahajalah, menggunakan kenderaan awam untuk ke destinasi membuatkan jarak terasa jauh dengan kesesakan yang tiada taranya.
Mereka berbual kosong sementara mengisi waktu yang bersisa sedikit sahaja. Bukan kerana apa, sekadar mengalihkan minda agar tidak terlalu memikirkan kepenatan yang melanda. Menapak di waktu mentari sedang terpacak di atas kepala membuatkan titisan jernih yang kurang menyenangkan mudah benar untuk terpercik dari tubuh. Lantas, keadaan itu akan membuatkan emosi bertambah terganggu dek ketidakselesaan sendiri.
'Tutt.. tutt..'
Bunyi itu kembali lagi. Sabur-limbur suaranya menyelinap ke dalam gegendang telinga. Kedua mereka berpandangan sesama sendiri tanpa bicara sepatah pun. Perbualan yang berlangsung selama beberapa minit tergantung sejenak dengan bunyian itu.
"Eh, telefon kau lah!" Syikin menggesa.
Sepantas itu juga Natrah menyeluk sakunya.Mengambil telefon bimbit dan menekan butang menerima panggilan dengan segera. Lantaran terlalu lama material itu menjerit tanpa dipedulikan. Takut nanti, ada kecemasan yang datang berkhabar. Dia tidak boleh berlengah lagi!
"Helo.." Ucap Natrah sebagai mukadimah pembuka kata. Dia tidak ambil kisah dengan keadaan yang menzahirkan dirinya ketika itu. Biarpun beg tangannya yang kecil itu terlucut dari bahu hampir sahaja ke sikunya. Rambutnya yang panjang separas bahu itu sedikit tidak terurus setelah disapa angin yang datangnya bertalu-talu.
"Helo.." sekali lagi dia berkata perkataan yang sama. Kali ini nada suaranya dikuatkan agar pihak yang satu lagi tidak punya masalah untuk memberikan tindakbalas segera.
"Aaaaa!!!!!!!!"Bagai hendak pecah kotak suara Syikin menjerit. Namun dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana segalanya berlaku dengan pantas. Bagaikan halilintar yang datang mengganas. Merobek segala kedamaian dan berlalu dalam sekelip mata.
Sekonyong-konyong itulah, tubuh Natrah rebah menyembah bumi. Perit tapak tangan yang bergesel dengan permukaan jalanraya yang panas membahang usah dipertikaikan lagi. Terbit sedikit gurisan yang bertitikkan rona merah di situ. Natrah tidak menangis. Sebaliknya hanya mampu mengadu kesakitan dalam satu kejutan yang tidak disangka-sangka. Telefon bimbitnya tercampak beberapa ela dari tempat tubuhnya berlabuh.
Natrah menyambar telefon bimbitnya. Bimbang andai terlewat nanti, satu-satunya harta berharga itu pula menjadi mangsa si peragut yang kejam. Dia bangun dengan bantuan daripada Syikin yang masih lagi trauma dengan kejadian itu.
"Beg kau.. aku tak sempat nak buat apa-apa.."
Itu kata Syikin. Wajahnya pucat lesi. Barangkali jika ditoreh dengan pisau sekalipun ia masih tidak menumpahkan darah. Rasa takut, bersalah dan bimbang bercampur gaul menjadi satu cacamarba yang mengusik keberaniannya.
"Tak apalah..Nak buat macam mana.." balas Natrah dalam nada bersahaja. Emosinya kembali tenang meskipun baru sahaja mengalami kejadian yang mengerikan. Meskipun kejadian ragut sudah acapkali berlaku di kawasan-kawasan sebegini, tetapi tidak pula tersangka olehnya suatu hari dia juga menjadi mangsa kepada manusia-manusia yang memilih kerjaya tidak bermoral itu!
Perjalanan mereka diteruskan beberapa langkah ke hadapan. Syikin hairan dengan sikap tenang temannya itu. Tidak seperti mangsa ragut yang pernah dibaca dalam akhbar, jelasnya gangguan emosi seakan tidak terwujud di dalam dirinya. Kenapa ya? Kenapa air wajahnya masih jernih?
"Kau tak risau ke?" Soal Syikin.
"Risau apa pulak?" Soal Natrah kembali.
"Orang lain kelam-kabut bila kena ragut. Kau ni rileks aje.. kenapa?"
"Tak apalah.. beg tu bukannya mahal sangat pun... RM10 je.."
"Aku bukan bercakap soal harga beg. Tapi.. macam mana dengan dompet kau? IC, duit kat dalam tu..?? Kau tak risau??"
Natrah mematikan hayunan kakinya. Dia berpaling memandang ke wajah temannya yang masih ragu-ragu dengan ketidakgusarannya menghadapi situasi getir. Suasana sepi seketika. Sehinggalah tiba saatnya Natrah tersenyum penuh makna. Membalas segala kekeliruan yang bersemi di dalam nurani Syikin. Dan Syikin terus melongo. Menunggu sebuah jawapan darinya.
"Dompet aku kat dalam poket seluar ni.." Natrah menepuk beberapa kali pada bahagian poket seluar jeans yang sedikit kembung.
"Handphone aku kat tangan.." katanya lagi.
"Ohh.. patutlah kau tak risau.. " Ujar Syikin. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali tanda faham. Lega sedikit perasaannya yang berkecamuk sebentar tadi.
Sunyi membungkam kembali sehinggalah sukma Syikin didesak dengan perasaan ingin tahu. Dia bertanya pada Natrah, "Habis... apa yang ada kat dalam beg tu??"
Natrah tersenyum. Dengan penuh yakin dia menjawab, "Sekeping kupon McDonalds yang aku dapat masa kita makan kat KL tadi.."
Dan kedua gadis itu ketawa berdekah-dekah mengenangkan nasib malang yang menimpa peragut itu!
Moral dalam cerita ini :
1. Pastikan dompet dan barang penting tidak disimpan di dalam beg, sebaliknya selit di dalam poket seluar atau kawasan yang sukar untuk diragut.
2. Meragut bukanlah sesuatu yang menguntungkan.
-dari sebuah kisah benar yang diubahsuai menjadi sebuah cerita untuk tatapan kawan-kawan.

5 comments:
aha..lps ni kena wat gtu lah. dompet ltk dlm poket suar.tp kalo pakai bj kurung camne plak ek? dh le bj kurung saya sumer tak berpoket,ehe
dayah >>buat le baju kurung yang berpoket tapi pastikan poketnya tak bocor.. hehe.. pakai je handbag tapi janganlah sampai lalai.. bila lalai tu yang peragut amik kesempatan..Nieys cam trauma je nak pakai handbag.. selalu kalau pakai pun barang-barang berharga letak kat dalam poket suar ataupun kalau pakai baju kurung letak dalam poket suar asben.. hehe.. :D
ko mesti tak caya ada peragut terpaksa. Lebih kurang rogol tanpa rela...wakaka.. semata2 nak beli makanan untuk anak. Tapi tak elok jugak kan... walaupon seribu satu alasan....
maniq >> wakakak... merogol tanpa rela.. huhu..
mana jadi pilihan??
meragut sbb nak bagi anak makan ke atau
tipu mintak sedekah sbb nak bagi anak makan??
alaa..xde asben agi ar,haha
Post a Comment