Wednesday, August 23, 2006

Iklan Percuma

Malam minggu yang lalu aku membeli dua majalah. Wanita dan Impiana keluaran bulan September. Hajat di hati sekadar ingin mengisi kekosongan masa ketika menemani suami memancing di kolam ikan berbayar Seksyen 24, Shah Alam.

Tiba-tiba pula aku terlihat paparan iklan untuk keluaran satu majalah di dalam Impiana. Terdetik di hatiku ucapan, "masa muda dulu mesti cantik.." dan ayat itu kuzahirkan pada sesiapa sahaja yang ku tunjukkan iklan majalah itu. InsyaALLAH, akan ku segera mendapatkannya.

Bukan pertama kali aku menatap wajahnya. Pernah beberapa kali. Tetapi kali ini, apa salahnya aku membaca kisahnya pula. Pasti ada beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan. Atau setidak-tidaknya ada barisan ayat-ayat yang mampu ku jadikan isi di dalam huraian manuskrip ku nanti.. Lagipun, terlalu banyak cerita tentang yang satu lagi itu.. kali ini aku teringin pula membersihkan kacamataku..

  • cerita selanjutnya...



  • 3 comments:

    Aku Bukan Bidadari said...

    Nieys.. waa tiara dh baca yg majalah nonanya..sedey..
    hanya yg pernah rasa mcm mana org yg disayang dirampas akan simpati dengan beliau..

    yang tak rasa ,..masih memuja2 muji yang satu lagi/

    ah.. apalah yang mampu kita wanita buat..?? hanya memandang! berat lagi bahu mereka yang memikul

    Anonymous said...

    baru je srh adik g beli majalah NONA nih..jgn abeh sudah..huhuh

    Nieys Zahri said...

    tiara >> memang sedih.. banyak mukasurat kan cerita pasal dia.. Nieys yakin, sebenarnya dalam dunia ni masih ramai org yang suka dengar citer TZ daripada yg satu lagi.. cuma atas alasan kerja.. semuanya nampak macam berat sebelah..
    takdir? Nieys teringat kata-kata kat dalam blog Najwa Aiman.. >Tuhan jadikan sesuatu itu dengan bersebab..

    dayah >>tu la.. Nieys pun tak beli lagi.. anyway, ni keluaran September.. skrg ni masih bulan Ogos.. dan Nieys rasa Karangkraf mesti wat lebih kot utk keluaran majalah ni.. hihi.. pastinya laris.. :)