Cetusan Perasaanku Sendiri
TERLALU banyak sebenarnya tajuk-tajuk kisah yang ingin ku ceritakan di ruangan ini. Namun, beginilah..bila jemariku mula bermain di papan kekunci, tirai blogger ini teramatlah perlahan untuk terbuka. Ah.. sebenarnya itu salah satu alasan biasa yang ku gunakan.. Hidup, kadang-kadang terlalu banyak alasan yang dicari..
Dua minggu masa lebih banyak dihabiskan dengan berkurung. Kalau tidak di dalam rumah, berkurung juga di dalam kereta. Cuaca pula berjerebu dan bila ia tiba.. seperti tahun lepas, aku akan menutup ke semua tingkap dan pintu dengan harapan tidak ada lagi suasana lemas seperti rumah yang baru disembur ridset. Hmm.. seperti tahun lepas, warna kuning masih lagi terhias dan dapat ku perhatikan dari dalam rumahku.
Alhamdulillah, jerebu tak lama. 25 haribulan tiba. Seingat aku, mungkin itulah hari terakhir lemas jerebu menguasai kehidupanku. Hujan turun mencurah-curah selepas itu. Biarpun banjir menyusahkan penghuni kota tetapi dengan itu juga ia meredakan udara yang melemaskan.
25 haribulan merupakan hari ulangtahun sahabat baik aku di UTM, Isme. Dan kebetulan juga hari wanita. Hurmm.. sebenarnya, minggu lepas aku sudah merancang untuk menulis artikel berkenaan kedua-dua perkara ini. Namun, entahlah.. malas pula rasanya.. Hihi.. Nantilah.. suatu hari, InsyaALLAH..
Betullah, tulis entri ni kadangkala macam teruja sangat. Seperti ketika aku mula-mula menulis.. setiap hari akan ku pastikan ada cerita di sini.. biarpun aku tahu waktu itu mungkin tiada sesiapa pun yang membacanya melainkan diriku sendiri!
Buat kawan-kawan yang sudi datang menjengah meskipun sewaktu ketiadaanku di sini, aku ucapkan terima kasih...

2 comments:
terima kasih.. terima kasih.. terima kasih..
puan, semalam saya balik kg., then terbaca majalah REMAJA. tetiba, di helaian "novel dari pembaca" (i'm not really sure..), saya teringatkan blog puan..
apakata puan hantar le novel2 puan ke majalah2 such as remaja, maskulin, etc., mana tau masuk, dapat le komisyen.. tp jgn le bgtau ada dlm blog, nnti they all consider dah kuar kat public..
err.. maaflah kalau idea ni dah dicuba, i just belasah je.. hehe
p/s: err.. err.. hepi merdeka!
ryan>> saya tak pernah pulak hantar cerpen pada majalah.. hehe.. insyaALLAH.. di suatu hari nanti.. :)
Post a Comment