Cetusan Perasaanku Sendiri
TERFIKIR juga sama ada patut ataupun tidak aku bercerita soal ini dengan kawan-kawan sekelian. Sejak blog ku dikenali.. (yer yer la tu..).. maksud aku, sejak aku punya beberapa orang kawan yang sudi menjengah ke blog ini.. aku selalu memaparkan kisah-kisah bermoral (rasanya..) dan jarang-jarang juga aku bercerita tentang perihal kehidupan peribadiku (mungkinkah dianggap begitu??)
Pulang ke kampung memang menyeronokkan. Apatah lagi kalau kampung itu adalah kampung tempat tinggalnya kedua orang tuaku.. (biasalah kan.. semua orang rasa begitu..)
Sejak menjadi pesara kerajaan, ayahku berpindah ke sebuah kampung yang biasa-biasa je di Temerloh, Pahang. Kira-kira setahun lima bulan keluarga kami mula menginap di situ. Dan entah bulan berapa kami baru mendapat bekalan elektrik.. Hurmm.. malas pulak nak cerita bab ni..Jadi, tak payah ceritalah kenapa lambat sangat dapat bekalan..
Ayah aku rajin bercucuk tanam. Dan aku sangat rajin menikmati hasil tanamannya. Mak aku rajin menjahit. Oh.. sebenarnya bukan rajin menjahit... tukang jahit adalah pekerjaan sebenar mak aku di kampung. (Sayangnya seorang pun anak perempuannya belum mampu mempunyai bakat sebesarnya) Mak aku tersangatlah murah hati dalam menjahit kerana tersangatlah murah upah yang diambil.. itupun kadangkala orang suka berhutang dengannya.. hurmm.. mak aku, memang pendiam orangnya..
Di sebelah rumahku terbiaklah sebuah hutan sekunder yang amat pesat membangun. Tuan punya tanah memberitahu ayahku.. dia tidak berniat hendak menebas dan 'terang' kan lambakan flora itu. Dan dia juga pernah memberitahu bahawa dia sanggup menjualkan tanahnya itu dengan harga RM100 ribu. Hurmm.. tamaknya..rasanya tanah tu pun sekangkang kera je..
Begitulah. Bila sudah hutan sekunder mula membangun, wujudlah spesis kera yang menyusahkan orang ramai. Apatah lagi, dengan kehadiran tanaman-tanaman menarik di kebun ayah (yakni belakang rumah).. amat menarik perhatian mereka. Rasanya tidak perlulah ku huraikan dengan lebih lanjut segala aktiviti menyakitkan hati yang dilakukan oleh mereka ini.
Setelah setahun lebih berhempas pulas dengan pelbagai kaedah pemusnahan (yang aku juga rasa malas hendak menceritakannya), akhirnya ayahku mengambil pendekatan binaan sebuah pagar elektrik. Alhamdulillah, sejak itu juga kera-kera sudah lama tidak merosakkan hasil tanaman.
Ayah aku sudah pun membuat 'tanda amaran' di kawasan rumah dengan harapan dapat membantu orang lain tidak menerima kejutan elektrik yang sebenarnya taklah sebesar mana.. (ini kes ada orang mengadu la ni.. hurmm..)..sebelum ada yang bertanya, baiklah aku tegaskan di sini, ayahku cuma menggunakan kuasa bateri untuk pagar elektriknya. Voltan yang terhasil tidak terlalu besar tetapi cukup kuat untuk membuatkan anda merasa sengal-sengal badan ketika menyentuhnya. Jadi, jangan cuba untuk mendekatkan diri dengan pagar rumahku..
Sejak kaedah itu bolehlah dianggap berjaya.. sudah kedengaran suara-suara yang ingin mengikut jejak langkah ayahku termasuklah bapa saudaraku yang tinggal di kampung yang sama.
Barangkali kera itu sudah berpindah ke tempat yang lain. Kalau tidak pun mereka sedang bersoseh-soseh sesama sendiri. Aku rasa, ada juga beberapa ekor kera yang menjadi mangsa percubaan seterusnya. Sebenarnya, hanya ada satu jalan untuk menembusi pagar rumahku iaitu dengan berkunjung sendiri melalui pintu pagar hadapan. Itupun, kalau kumpulan kera ini masih mahu menempah maut..
Sebenarnya, aku dan keluarga teringin juga hendak melihat seekor dua kera yang terkena kejutan elektrik di depan mataku..
Namun, apa yang terjadi.. pada malam itu aku dan suami dikejutkan dengan suatu bunyi pelik. (Biasalah.. kampung kan sunyi.. selalu juga bunyi-bunyi pelik yang kedengaran..) Hurmm.. kadang-kadang aku gatal mulut juga tegur..
Tapi suami aku lebih gatal lagi membuka tingkap untuk melihatnya..
Itulah sebabnya babi hutan boleh melanggar pintu pagar rumah aku. Sebab haiwan itu tidak mempunyai leher untuk berpaling dan dia hanya tahu berjalan lurus..
9 comments:
Ceritalah...kerana kenangan itu indah!!
err.. dulu ada masuk s/kbr psl org psg pakar elektrik, ayah ko ke tu nieys?
then yg hampehnya dalam s/kbr tu kata,ada org komen, mungkin ada dinosours (jurassic park) kat dalam tu, tu yg owner dia pasang pagar elektrik..hehe
hehe...btw, aku rs yg masuk s/kbr tu bkn ayah ko kan..
maniq>> tak semua yang lepas itu mencipta keindahan tetapi yang pasti indah itulah sentiasa ada dalam ingatan.. :)
ryan>> hurmm.. bile le masa plak bapak aku masuk sok kabar ni.. hehe.. orang lain tu Punk.. bapak aku low profile.. hehe.. :D
Lama tak balik kampung.
Lama tak tengok kera kat belakang rumah aku.
Lama tak tengok kebun ubi mak kat sebelah rumah yg selalu kena sodok (Betul ker istilah ni?) babi.
Babi tu langgar pagar karan tu ker?
mazudi >> rasanya tak..dia langgar pintu pagar je.. hurmmm.. memang rindu kan dengan kampung... walaupun bukan macam kampung sangat..
babi hutan ker nieys...
ker... babi ngepet...
hAHhahahahha..
besnyer nko balik kampong bleh tengok benda2 cam tuh.. kat kampong aku yg ada taman bunger mak aku jer...
kalau nak tengok sangat pon mungkin kat kebun bapak aku dekat epot tawau sana...
tapi kalo babi2 dah jarang kat kebun bapak aku sebab.. kebun org sebelah tuh bangsa timor (pstt.. dia buru babi tuk makan) hishhhh... apa2 nko lah labu...
"babi hutan ker nieys...
ker... babi ngepet...
hAHhahahahha.."
spesis hutan, Cherry.. warna hitam.. masa dok kelantan dulu siap lalu belakang rumah bersama anak-anaknya yang jalan menunduk.. hahahaha...
"kalau nak tengok sangat pon mungkin kat kebun bapak aku dekat epot tawau sana..."
hihi.. cherry, ada ke orang yang nak tengok sangat mende alah takde tengkuk ni? hihi.. :D
hihi.. cherry, ada ke orang yang nak tengok sangat mende alah takde tengkuk ni? hihi.. :D
mmg nak sgt tgk kalo yg kaler itam nih... sapa tau babi ngepet :P tapi kalo yg kaler pink tuh selalu gak lori angkut tuh bawak lalu depan rumah... harumnyer ken main... hahahhahah
Post a Comment