Saturday, June 17, 2006

Cetusan Demam WC : Pesta gol terkini

Argentina 6-0 Serbia & Montenegro

Maxi Rodriguez, Esteban Cambiasso, Hernan Crespo, Carlos Tevez dan Lionel Messi.. lima orang players yang berjaya menjadikan malam Argentina penuh dengan pesta gol. Siapa pun kurang percaya apabila enam gol berjaya dijaringkan dalam satu perlawanan Piala Dunia! Secara peribadi, perlawanan pada kali ini merupakan perlawanan paling menceriakan buat diriku setakat ini. Pelayan Restoran Maisha juga telah menunjukkan aksi kelakar apabila secara spontan dia telah melonjak keriangan..hahahah....

Kerja berpasukan yang mantap, skill tersendiri dan semangat juang yang tinggi antara pemain dan sokongan padu peminat.. mungkin inilah resipi terbaik dari pasukan Argentina. Sekiranya ia diteruskan, tidak mustahil mereka dapat melayakkan diri ke peringkat Akhir..
Orang kata, S&M bukanlah lawan pasukan besar seperti Argentina. Apa pun alasan mereka, Argentina mampu dan layak memenanginya.

Man of The Match - RIQUELME Juan; Midfielder; jersey no 10 (Argentina)


No comments: