Cetusan Demam WC : Debaran awal pagi
England 2-0 Trinidad & Tobago (T&T)


Peter Crouch berjaya menjaringkan gol pada minit ke-83 diikuti gol kedua dari Steven Gerrard pada masa tambahan. Aksi paling tidak dapat kulupakan adalah ketika T&T hampir-hampir sahaja menembusi gawang England dan ia berjaya diselamatkan oleh John Terry. Tahun ini membuktikan bahawa dunia tidak boleh memperlekehkan pasukan-pasukan underdog yang mungkin mampu membuat kejutan!
Man of the Match - BECKHAM David; Midfielder; jersey no 7 (England)
Sweden 1-0 Paraguay

BERNASIB baik! Meskipun pasukan Sweden antara pasukan terkuat, sukar menyangkal kenyataan bahawa sesungguhnya mereka bertuah kerana mampu menjaringkan gol di saat-saat akhir. Paraguay yang telah terlebih dahulu kalah pada perlawanan sebelum ini menentang pasukan England, hanya mampu menitiskan air mata apabila perjuangan mereka telah ternoktah pagi tadi. Bagiku, semangat yang ditunjukkan pasukan Paraguay harus dijadikan contoh. Mereka bermati-matian mempertahankan pasukan mereka namun apa yang boleh diperkatakan lagi. Rasa terharu apabila melihat keeper Paraguay, Aldo Bobadilla yang menitiskan air mata sebaik sahaja wisel penamat ditiup oleh Referee dan beberapa teman seperjuangan yang melompat kehampaan.
Gol dijaringkan oleh Freddie Ljungberg pada minit ke-89.

No comments:
Post a Comment