Thursday, June 15, 2006

Cetusan Demam WC : Pesta gol

SPAIN 4-0 UKRAINE

BERMULA dengan permainan sederhana, kemudiannya diserikan dengan satu sepakan gol hasil 'buah kaki' Xabi Alonso pada minit ke-13. Keriangan pasukan berjersi merah nan garang ini bertambah apabila David Villa menambah jaringan pada minit ke-17. Pemain yang memakai jersi bernombor 21 ini juga menambah pesta gol yang ke-3 pada minit tambahan sebelum separuh masa pertama berakhir.
Aku hanya sempat menyaksikan perlawanan pada separuh masa pertama sahaja memandangkan rasa bosan yang mencengkam jiwa pada rentak permainan yang bagiku kurang menarik perhatian untuk aku terus menontonnya di situ. Key player Ukraine, Andriy Shevchenko juga tidak mampu menebus kekecewaan penyokong pasukannya kerana dalam masa 90 minit perlawanan, beliau tidak dapat menjaringkan sebarang gol. Mungkin terkena 'badi' perlawanan terakhir antara AC Milan vs Barcelona beberapa bulan yang lalu. Heheh.. Gol terakhir berjaya dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit ke-81.

Man of the Match - Xavi, pemain tengah berjersi no 8 (Spain)

No comments: