Cetusan Demam WC : Cetusan hijau dan oren lagi
Netherlands 2-1 Ivory Coast

Secara peribadi, aku merasakan pasukan Ivory Coast kekurangan semangat teamwork dan mereka lebih banyak menonjolkan persembahan tersendiri. Terdapat beberapa ruang sebenarnya untuk pasukan mereka berjaya tetapi mungkin dibazirkan dengan sikap sellfish dan kurang percaya.
Man of the Match - ROBBEN Arjen; Forward; jersey no 11 (Netherlands)
Mexico 0-0 Angola
Jangan pandang rendah pada pasukan underdogs! Itu yang mampu aku rungkaikan dari perlawanan awal pagi tadi. Untuk pasukan yang berpengalaman seperti Mexico, keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan yang baru merdeka seperti Angola adalah sesuatu yang sungguh memalukan! Melalui pemerhatianku, wajar juga pasukan Portugal hanya mampu menjaringkan satu gol semasa perlawanan yang lalu. Pasukan Angola mempunyai sebuah benteng pertahanan yang kuat dan pujian harus diberikan kepada penjaga gawang, Joao Ricardo.

Menurut info yang ku terima, Adidas telah menyediakan bola khas pada perlawanan Piala Dunia kali ini yang memberikan kelebihan kepada pemain menjaringkan gol. Bola yang direka istimewa ini mampu membelok tidak seperti bola-bola biasa.. Sewajarnya, keeper berusia 36 tahun yang masih menganggur seperti Joao Ricardo diintai oleh pihak pengurusan kelab-kelab bolasepak kerana kemahirannya menyelamatkan gawang sangat memberangsangkan..
Man of the Match - JOAO RICARDO; Goalkeeper; jersey no 1 (Angola)
No comments:
Post a Comment