Monday, June 12, 2006

Cetusan Demam WC : Cetusan hijau dan oren

SERBIA AND MONTENEGRO 0-1 NETHERLANDS

Arjen Robben telah menjadi hero dalam perlawanan semalam antara Serbia & Montenegro menentang pasukannya Netherlands (Belanda). Sumbatan gol pertama dari sebuah larian yang cukup mantap (hehehe) pada setengah-masa pertama sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada pasukan Netherlands meskipun beberapa kali mereka diasak sama ada dalam perebutan sebiji bola ataupun pada fizikal mereka sendiri. Memang ganas orang Serbia ni main bola.. patutlah.. Sekali lagi aku dan suami berkunjung ke Restoran Maisha untuk menyaksikan sendiri perlawanan di skrin besar. Boleh tahan.. ramai juga penyokong berbaju oren yang datang bersorak. Namun, suasana tidak semeriah dua hari lepas. Ketika England menentang Paraguay. Walaupun England bermain dengan cukup hampeh pada masa itu. Ceh, England.. harapkan glamer je lebih.. nasib baik aku lebih minat Brazil..keh keh keh... ;D.
Teringin sekali menempelkan gambar ref jatuh tergolek tetapi nampaknya jurugambar tidak berkesempatan mengambilnya. Satu
situasi yang agak kelakar sebab tidak pernah seumur hidup aku melihat ref tergolek ketika dalam perlawanan..

Man of the Match - ROBBEN Arjen; jersey no 11; forward (Netherlands)


MEXICO 3-1 IRAN

Pulang dari
Restoran Maisha, aku melepak-lepak sekejap sementara menanti perlawanan seterusnya. Cukuplah kali ini aku hanya menonton di skrin 21"..heheh.. nanti tak boleh bangun pagi pulak kalau asyik melepak kat kedai makan.. :)
Mexico dan Iran bermula dengan corak permainan yang sedikit membosankan. Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan mempunyai teamwork yang baik dan sukar untuk dipatahkan. Banyak nama-nama besar yang aku kenal dalam pasukan Mexico. Berbanding Iran, aku lebih banyak menyokong pasukan Mexico. Mungkin disebabkan pengaruh nama-nama pemain yang aku kenali dalam pasukan hijau ini. Nama-nama seperti Rafael Marquez , Jared Borgetti, Guillermo Franco, serta beberapa lagi nama termasuk keeper yang cute (Oswaldo Sanchez) dan hero semalam, Omar Bravo.
Bravo telah menyumbatkan gol pertama pada minit ke-28 dan kegembiraan ini nampaknya hanya bertahan seketika kerana 10 minit kemudian, defender Golmohammadi telah melangsaikan hutang mereka lalu meletakkan kedua-dua pasukan dalam kedudukan yang sama.
Perlawanan terus rancak pada separuh masa kedua sehinggalah pada suatu ketika, striker Borgetti terpaksa dikeluarkan kerana mengalami masalah pada lututnya. Kasihan juga aku tengok mamat ni sebab beberapa minit dia keseorang di tepi padang
menahan kesakitan seorang diri.
Terus-terang aku katakan, seingat aku, tidak sekalipun dalam hidup aku menonton pasukan Iran beraksi dan ternyata mereka punya pasukan yang mantap dan sukar dipatahkan. Asakan dan benteng pertahanan yang kukuh antara kedua-dua pihak. Namun, kerana sebuah kealpaan, akhirnya Omar Bravo sekali lagi menyumbatkan gol pada minit ke-76
(20 minit selepas separuh masa ke-2). Kegembiraan berganda dengan gol terakhir yang mengukuhkan kemenangan mereka dalam perlawanan ini hasil Zinha, tiga minit selepas itu. Akhirnya, dapat juga aku tidur dengan tenang..hehehe..

Man of The Match -
BRAVO Omar; jersey no 19; forward (Mexico)








No comments: