cetusan kala hujan
...betullah kata orang, bila hujan turun, biasanya kita selalu terkenangkan sesuatu. Mungkin sesuatu yang telah berlalu dalam hidup kita..atau sekadar mengenangkan sesuatu yang sengaja kita cari-cari...
Hujan turun mencurah-curah dari langit. Mengisi suasana petang yang sudah cukup suram dan dingin. Waktu sebegini biasanya seantero makhluk yang bergelar manusia suka melangsaikan waktu untuk melelapkan mata. Namun, entah kenapa hati ini bagai meronta-ronta untuk melayari laman ini. Terlelap seketika saat menonton filem Sembilu 2 di TV3.. membuatkan aku akhirnya tidak kepingin lagi untuk menyambung perjalananku di alam mimpi yang sekejap cuma..
Benar seperti yang dikata, ketika inilah datangnya satu per satu kisah yang pernah menjadi rantaian kehidupanku. Ada kisah suka dan duka. Rindu pada seseorang. Teringatkan si dia.. yang mana 'si dia' itu
bukanlah sekadar seorang kekasih atau sesiapa.. si dia yang amat comel dan menggamit rasa ingin tertawa sendirian. Anak-anak buahku yang sudah sebulan lebih tidak ku temu. Rindunya pada gelagat nakal mereka.. pada tangisan mereka..pada ketawa dan rengekan manja.. itulah anak-anak buahku. Waie..anak buahku yang kedua, sudah cukup menambahkan meriahnya rumah kami di kampung dengan 'perebutan kuasa' antara dia dan abangnya, Awer. Tengok sajalah gambar tu. Ketika ini, kami masih dalam 'demam hari raya'.. si dia yang comel ini.. baru sahaja belajar melangkah setapak dua.. dan jelas terkesan di sebalik sinar matany
a tentang keinginan hidup untuk meneroka lebih jauh. Itulah dunia kanak-kanak.. dunia penuh keriangan, dunia penuh pancaroba, adventure dan berwarna-warni. Sama halnya dengan dunia orang dewasa. Juga punya warna, pancaroba dan adventure dalam kelasnya yang tersendiri..
Terdetik di hati untuk memaparkan gambar kedua beradik yang comel ini tetapi alangkah malangnya, sekeping pun gambar abangnya belum ku download ke dalam PC. Nampaknya, terpaksalah si adik terlebih dahulu mempopularkan diri! Dalam kerinduan ini juga, aku memikirkan anak buah ketiga yang sepatutnya sudah mula mengintai dunia. Entah sudah ataupun belum dia menghirup Oksigen di bumi nan fana ini..
Tamat seketika kisah pertama, melintas pula cerita kedua di tubir mataku. Tentang cerita beberapa teman yang pernah sama-sama menghabiskan masa di kampus. Isme, aku dan Dila.. itu teman baik sewaktu di rumah sewa. Ketika masih dalam Tahun Satu, kami pernah dimarahi pensyarah kerana membuat 'sedikit hingar'. Ketika itu, masih terlalu baru kami saling mengenali. Dua minggu bergelar siswi..mungkin belum cukup untuk menjadikan kami lebih matang. Entahlah.. memang dasarnya aku tidak boleh duduk diam. Bukanlah bising sangat pun.. itu kataku.. tidak pula pada pandangan pensyarah. Sejak itu.. pensyarah selalu sahaja memandang kami semacam. Sehingga suatu hari, kami dipersalahkan atas sesuatu yang tidak kami lakukan. Ah, malang sungguh nasib kami. Aku yang masih berdarah panas (waktu ini pun darah panas juga..itu sifatnya mamalia, kan?) tidak boleh berfikir secara waras lagi. Apa yang berlaku selepas itu? Tidak perlulah aku ceritakan. Cukuplah ianya ku simpan di dalam kotak fikiran.. dan diketahui hanya beberapa orang teman. Impaknya cukup bagus.. kerana selepas itu, hehehe.. aku lebih dikenali orang ramai.. (yo-yo-oo je...perasan pulak..)
Hmm..hujan masih belum berhenti.
Aku, Isme dan Dila pernah melalui saat-saat sukar dalam persahabatan kami. Persahabatan kami bukan sekadar cerita tentang ketawa. Biarpun bibir sentiasa menguntum senyuman. Aku dan Dila punya perwatakan yang hampir sama. Biarpun dari segi fizikalnya jauh sekali. Hehehe.. Dila, kalau kau baca komenku ini, pasti kau takkan marah pada aku, kan? Kita kawan baik.. sampai bila-bila.. Aduh, sedihlah pulak bila cerita bab ni! Aku ingat lagi Dila, hadiah hari jadi yang terakhir kau beri kat aku. Frame gambar tu masih lagi elok aku simpan. Kat situ aku letak gambar kita berlima.. kawan-kawan baik masa dalam kelas. Masa dapat hadiah tu, rasa bagai tak percaya je kau tulis surat. Tidak seperti selalu.. orang beri hadiah bersama dengan sekeping kad yang cukup cantik.. Tapi, kau lain. Kau beri aku sekeping kertas putih A4 yang ditulis sendiri dengan tulisan kau yang 'sederhana cantiknya'..hehehe.. biasalah, tulisan tu tak penting. Yang penting, dalam ucapan kau tu, sudah cukup membuatkan aku rasa nak ketawa, nak menangis.. semuanya ada. Kau cakap kau tak pernah berkawan baik macam kau dengan aku. Waduh..waduh.. emosionalnya aku bila baca..! Sampai sekarang ni kata-kata itu aku pegang dan aku ingat sampai bila-bila. Kalaupun kita cuma berjumpa dua, tiga tahun sekali dan berSMS setahun dua tiga kali jugak..kau tetap aku ingat..Cuma ada masanya aku rasa macam malas je nak contact kau sebab kau selalu tak contact aku.. Warghh.. warghh.. wargh.. ;D
Isme, career woman! Aku suka beri kau gelaran ni sebab kau memang rajin bekerja. Sejak dari dulu aku tahu kau memang rajin. Sebab tu, kau selalu marah aku dan Dila..heheh.. Kau hadir di antara aku dan Dila. Menyempurnakan dan menyeimbangi. Masa kat rumah lama dulu, kau selalu tolong kemas meja study aku dan Dila yang bersepah tu, kan? Hehehe.. :) Untung sapa yang dapat bermenantukan perempuan rajin macam kau. Kau tak banyak cakap..tapi lebih suka ketawa. Walaupun lawak aku dan Dila sebenarnya tak kelakar sangat pun. Tapi, lebih baik begitu.. sebab bila kau bercakap kadang-kadang berdesing gak telinga aku..hahahah.. tapi, eloklah macam tu. Kalau aku tak pernah rasa bengang, rasa sakit hati dengan kau.. tentu kita takkan rapat macam ni. Setiap perkara tu ada sebabnya...
Nampaknya hujan mulai renik. Titisannya sudah mula boleh dikira dan menyusup ke dalam gegendang telinga. Sebagaimana tamatnya hujan, sebegitu juga kisah yang bermain di lintasan fikiran. Cukuplah sampai di sini. Tiba waktunya nanti, cetusan inspirasiku akan kembali menghiasi hari..

No comments:
Post a Comment