Thursday, October 12, 2006

Buat Aku Tersenyum

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...


Kawan-kawan.. Rindunya nak berbual panjang dengan kalian semua. Sejak entri yang lepas mengundang suasana hangat.. aku bagaikan tiada semangat hendak bercerita di sini. Sebenarnya tidaklah kerana provokasi itu tetapi barangkali mood itu boleh berubah-ubah tanpa sebab.

Apa pun, terima kasih buat beberapa teman yang memberikan sokongan dengan meninggalkan jejak di sini seperti 13may, mazudi, azreen, Gee, Maniq Kayangan, cikgu pizik, Sirniey, ryan2zing, jerry, tiara, AAMY, putat, Syed, abang eyman (novelis kita), Kak Yus dan juga teman-teman lain yang hadir dengan sebuah kepercayaan biarpun tanpa sebarang jejak.

Begitu juga dengan abanglong, mersik, u4me, violet, Am, Kak Ayu dan kawan-kawan lain yang memeriahkan shoutbox sama ada yang lama ataupun baru..

Benar, sudah lama juga tidak mengunjungi blog kawan-kawan. Kalau ada pun, aku tidak meninggalkan sebarang jejak. Ada juga sesetengah laman kawan yang bermasalah setiap kali aku ingin meninggalkan komen di setiap entri mereka. Entahlah.. bagai dijanji-janji aku harus menyepikan diri buat seketika. Terkejut juga semalam bila melihat mazudi yang sudah pun menerima cahayamata yang baru. Nampak sangat yang aku sudah lama tidak mengaktifkan diri! Malangnya, masih lagi aku bermasalah pabila hendak meninggalkan komen di situ.

InsyaALLAH, selepas ini semuanya akan kembali seperti biasa. Maaf dipinta andai ada yang berjauh hati kerana aku tidak mencatat nama mereka di sini. Bukan kerana kalian tidak penting buatku. Bagi diriku sendiri, kehadiran kalian di dalam blog ini sudah cukup memberikan kegembiraan buat diriku. Siapalah aku di dalam alam maya yang sebesar ini. Hanya seorang insan kerdil yang mengharap secebis perhatian dan kepercayaan. Ah.. tiba-tiba pula aku rasa ingin menangis..

4 comments:

13may said...

aiseh...rileks...jgn nangis ok...
senyum...senyum...senyum:)

Nieys Zahri said...

senyum la ni.. 13may, saya takleh nak send komen kat blog awak la.. dah tiga kali cuba.. tension ni..
kalau ada shoutbox OK gak.. huhu.. tak sabar nak tinggal komen pasal boss awak tu..

tumismenumis said...

Yer saya dah dapat baby yg baru. Dan saya memang tunggu tunggu awak kata sesuatu.

Anyway. Take your time. Awak tahu pasal tu pun dah ok.

Nieys Zahri said...

mazudi, kenapa shoutbox awak pun tak appear? at least nak jugak tinggalkan komen kat situ...harap2 dua, tiga hari lagi OK..