Adalah Lebih Baik Begitu
SUATU gambar boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk. Dimensi yang ditakrifkan bagi setiap manusia tidak sama setiap kali. Begitu juga bila aku mengaitkan gambar ini dengan cerita yang bakal ku garap di sini.
Di dalam bulan puasa, terdapat dua baris ayat yang berbeza yang diucapkan oleh individu yang berlainan. Antara lain, perbualannya adalah seperti berikut:
Kata lelaki A, "Arghhh.... bosannya.. tak boleh merokok.."
Kata perempuan B, "Arghhh... bosannya.. tak boleh mengumpat.."
Jangan buat sebarang tafsiran terlebih dahulu. Bukan aku hendak membezakan apa yang bermain di dalam fikiran lelaki dan perempuan. Hakikatnya, inilah dialog di dalam sebuah lakaran kartun yang aku baca ketika aku masih kanak-kanak.
Dan aku terus membesar dengan memahami satu perkara iaitu, mengumpat boleh membatalkan puasa.
Aku sentiasa menjaga lidah dan mengelak bila mana ada kawan-kawan aku yang mula berbicara tentang perihal si anu dan si polan.. aku tidak mahu puasaku terbatal. Namun, tidaklah pula aku terpaksa berbuka puasa kerana aku terlanjur kata.
Petang itu aku dan beberapa orang rakan sibuk menyediakan bahan-bahan jualan untuk gerai kami di Pasar Ramadhan UTM. Sebuah rumah teman di Taman Universiti menjadi pusat untuk menyediakan bahan tersebut. Kerja-kerja yang dibuat secara gotong-royong memang terasa meriah apa lagi bila masing-masing tahu tugas dan tanggungjawab. Ceria dan gamat. Masing-masing ingin bercerita sehinggalah tiba pada suatu bahagian yang aku tidak senang mendengarnya..
Aku diam membisu. Tidak membalas meskipun telinga pedih mendengarnya. Dan apabila ditanya, aku menyatakan sebabnya. Dan akhirnya mereka mentertawakan aku dengan sepenuh hati.
"Apalah Nieys.. dah 19 tahun baru tahu, mengumpat tak batal puasa..."
Itulah. Mengumpat memang tidak membatalkan puasa. Tapi mengumpat bila di bulan puasa ataupun bulan mengambang sekalipun tetap berdosa. Aku bukan insan sempurna. Pernah lidah ini terlanjur bicara.
Semua orang tidak minum air kerana tahu ia membatalkan puasa. Semua orang tahu, bila puasa kita kena jaga lidah, telinga, mata, tangan.. dan anggota lain. Kalau semua orang fikir mengumpat itu membatalkan puasa, sudah tentu hati kita akan rasa tenang sebab tidak perlu 'terdengar' orang bercerita perkara buruk tentang diri kita..
Walaupun fakta itu tak betul tapi kan lebih baik begitu?

8 comments:
Tak tahu pun awak menjual kat pasar ramadhan.
Nieys, kenapa perlu amik semua benda dari bahagian yang berat [mcm songsang jer ayat] (why take everything by the hard side), cuba lihat dia sebagai sesuatu yg ringan. Pasti awak akan tersenyum.
Cuma perlu buat satu garisan had yg tidak melanggar pesanan orang tua.
mazudi, tu tolong2 kawan je.. sebab dorang AJK persatuan yang kena menjual kat PaRam. hehe.. :D
tengah tersenyum la ni.. tapi pening la.. tak boleh send komen kat blog awak..dah bapa kali testing..
Sebenarnya bulan puasa kita gunakan diri untuk membersihkan diri kita dari sifat2 yang tak baik, jika bulan puasa puun tak reti2 nak membersihkan diri, takkan nak tunggu bulan mengambang kot hehehe
Ada org sembang sesuatu yg buruk tentang Nieys ker???
Nieys sakit hati ngan sapa2 ker????
hahha...bertalu2 tanya soklan nih....apa2 pun..sabaq byk2 di bulan posa nih...just ignore apa benda yg org kata kat kita...senyum selalu ok!
Wah..banyak dah untung..? hehehe
Ramai yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Itu lah dia......
am >> setuju dengan Am.. sebab tu kadang-kadang kita rasa lebih cepat kesian dan sensitif dengan orang bila bulan puasa ni.. kan.. kann??
13may >> sabar je lah.. hehe.. ada tak pesanan khas daripada boss 13may?
blackpurple >> untung? hihi.. boleh lah wat tambah duit cover kos pg bercuti ngan member2..
Salam Ramadhan buat nieys,
ada ketikanya rasa tenang, bila mulut langsung tak bersuara sepanjang hari dalam bulan Ramadhan ....
abang long >> betul tu.. tapi hati rasa tak sedap je kalau tak baca blog orang atau tulis blog sendiri.. hehe..
Post a Comment