Tuesday, August 01, 2006

Sebuah Cetusan, Pelayaran Malamku

Percaya atau tidak.. jam telah pun menunjukkan ke angka 8 pagi. Kini aku berada di hari baru. Percaya atau pun tidak.. aku masih lagi belum tidur semenjak tarikh di Malaysia bertanda di angka 31 hb Julai.

Aku sebenarnya sudah biasa berjaga malam. Bermula dari zaman persekolahan. Seingat aku itulah kali pertama aku belajar untuk tidak tidur pada waktu malam. Seharian suntuk menyiapkan tugasan untuk PMR. Pernah seorang kawan merendamkan kakinya di dalam baldi berisi air semata-mata untuk menahan diri dari mengantuk. Adalah beberapa orang kawan yang melakukan perkara yang sama. Geli hatiku dibuatnya. Apa tidaknya, tanpa menggunakan petua tersebut, aku masih mampu bercengkang mata dan yang pasti.. hanya aku seorang yang berjaga malam itu di bilik Prep. Sedangkan malam yang sepi itu, aku hanya dihiburkan dengan irama dengkuran yang terhasil dari beberapa orang teman.

Ketika aku melangkah ke alam kampus, sekali lagi aku seakan dipaksa berjaga malam. Biasanya bila tiba musim peperiksaan. Ataupun setidak-tidaknya ketika menyiapkan tugasan pada minit terakhir dan paling mudah sekali adalah ketika berbincang tentang laporan makmal yang perlu dihantar keesokan harinya. Aneh, setiap kali berjaga malam bersama teman..sesaat itu jugalah variasi cerita yang penuh dengan gelak ketawa akan terhambur dari bibir. Bagaikan sengaja digoda agar kami tidak menyiapkan kerja sebaliknya menghabiskan masa dengan bersuka ria.

Sampai saat ini, apabila aku berada di alam dewasa, aku seakan sukar untuk melelapkan mata. Terutama bila tibanya waktu untukku menyiapkan manuskrip dengan segera. Barangkali ketika malam suasana sunyi sepi dan ia memberikan sejuta ilham yang tidak ternilai harganya. Itu kata kebanyakan insan seni. Itu insan seni.. sedangkan aku? Siapalah aku..?

Sepanjang malam berada di depan komputer. Melayari laman-laman blog yang ada dan terjangkau dek jemariku untuk menaip link mereka di papan kekunci. Seronok juga. Keheningan malam yang berlalu seakan tidak terasa. Sekali lagi aku korbankan hasratku untuk menyambung kerja-kerja menyiapkan manuskrip. Terlewat satu hari lagi! Kadangkala, diriku dihimpit rasa keliru dan bersalah. Mungkinkah apa yang kulakukan ini sebenarnya merupakan suatu pembaziran?

Kasihan komputer. Mungkin dia pun tidak tertanggung lagi menahan derita kepenatan menemaniku sepanjang malam..

6 comments:

tumismenumis said...

Heran yer. Kita tinggal 3 tahun dengan room mate kita kat hostel, pastu tiap malam dalam tempoh 3 tahun bercerita ngan roommate kita sampai ke pagi, tak abis abis mesti ada jer citer. Tak heran ker?

terrarosa said...

hai
it's me again...
hhhh.. Nieys pernah tengok program 3 pagi ? saluran TV 9 ?
kagum jugak Terra dengan mereka yg bekerja malam dan seawal pagi..
bukan kerana terpaksa...tapi memang dia orang enjoy dengan kerja mereka..
hhmmm maaf kalau bertanya hal ini...
suami Niey outstation ke ?
dulu Terra ingat Niey masih bujang...mungkin perkara diatas boleh dibawa berunding dengan Husband...
lagi satu... ohhh... malam2 tak buat manuskrip yer ??
masuk blog orang lagi yer ?
boleh... dan memang seronok..
tapi kita mesti berdisplin dengan tanggungjawab yg ada...
mesti pandai menggunakan daya fokus..
pernah dengar MEN THINK LIKE A WAFFLE BUT WOMEN THINK LIKE A SPAGhETTi
yg tu lah Terra cuba amalkan ... tiru sket perangai lelaki... yg sentiasa fokus dalam kerja yg dibuat..
ayat tu bermaksud... kita perempuan kalau buat satu kijer mesti terfikir jugak pasal benda lain... macam spegeti... kalau ditarik satu , yg lain akan melekat... tapi kalau waffle plak , ia ada kotak2... so apabila lelaki berada dalam satu kotak ( membuat sesuatu kijer )... dia jarang atau tidak memikirkan lansung tentang perkara yg lain .

apabila keputusan sudah diambil...kita kena berani tanggung risiko memikul tanggungjawab itu...
jika itulah kerjaya pilihan...
you should proud of it !!

Terra sekadar memberi pandangan sahaja.. enjoy your life honey...
TIME IS HAPPINEss

salam
Terra

Nieys Zahri said...

mazudi, memang kalau dengan kawan tak pernah habis bercerita.. hehe..

Nieys Zahri said...

terra,

nieys tak pernah tengok rancangan tu. mmg nieys enjoy walaupun orang pelik.. sbb dah terbiasa..
sbb kehidupan nieys memang 'di hujung jari..' dan really enjoy dengan kehidupan yang tersedia..
bila siang tinggal sendiri kat rumah.. bila tiba masa cuti, time husband pulak guna pc dan berjaga malam.. hehe... dan masa tu la nieys betul2 tidur malam kot.. tapi tak adalah setiap hari tak tidur malam.. cuma jarang-jarang je la dapat tidur seawal pukul 11 malam.. biasanya mesti lebih dari itu..

oh my oh my said...

MEN THINK LIKE A WAFFLE BUT WOMEN THINK LIKE A SPAGhETTi

eheh terrarosa..betui ker camtuh??ada jugak men think like spaghetti--ehoeho

Nieys Zahri said...

Dalam banyak-banyak buku tentang personaliti manusia yang Nieys suka baca adalah buku Personality Plus.. dalam tu dia tak membezakan antara perempuan dengan lelaki.. nantilah bila-bila Nieys ceritakan pasal buku ni.. :)