Homeless to Harvard
AKU memulakan bicaraku hari ini dengan sebuah pertanyaan, pernahkah kalian menonton cerita ini?
Sebenarnya aku baru sahaja selesai menonton filem ini di siaran TV3 lewat malam Ahad yang lepas. Ia merupakan pendedahan sebuah kisah benar yang diambil dari perjalanan hidup seorang wanita bernama Liz Murray. Seorang gadis yang menjadi seorang 'pelarian' sejak berusia 15 tahun dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang amat menyedihkan. Kedua ibu bapanya adalah penagih dadah. Dia cukup dewasa kerana menguruskan ibunya yang menderita akibat sakit mental dan Aids. Ayahnya juga penghidap HIV dan ditempatkan dalam sebuah rumah perlindungan.
Selepas ibunya meninggal dunia, kehidupan Liz berubah. Berubah kerana dia mula sedar bahawa dia berhak membawa dimensi baru demi masa hadapannya. Dia berusaha memasuki sebuah sekolah awam yang agak eksklusif di tengah kotaraya New York. Semasa pendaftaran bermula, dia meminta bantuan ayahnya yang tinggal di rumah perlindungan untuk hadir memberikan beberapa keterangan. Biarpun pada awalnya dia menolak kerana masalah dalaman, akhirnya pertemuan itu membuahkan hasil. Aku cukup tersentuh apabila di akhir pertemuan itu Liz mengucapkan dia sayang pada ayahnya. Dan dengan rasa rendah diri ayahnya membalas, tidak perlu sayang padanya kerana ia hanya membazir.
Benarkah sebuah kasih sayang itu suatu pembaziran?
Bagiku, filem seperti ini seharusnya dipertontonkan sekali lagi. Sesekali mengisi jiwa dengan cerita yang bernilaikan moral seperti ini akan membuatkan pemikiran kita terlontar dalam satu paradigma yang baru.

2 comments:
Tak tengok citer ni. Macam best.
Betul jugak kan, bila kita teruk sangat, kita terasa macam buang masa orang lain untuk ambik perhatian pada kita.
memang best, mazudi.. saya menangis jugak tengok cerita ni. walaupun saya cuma tengok dari pertengahan sampai akhir tapi sampai jugalah msg tu kat saya.. kalau boleh saya nak mintak TV3 siarkan sekali lagi..
Liz Murray yang sebenar pun kata dia menangis masa tengok pelakon yg mainkan watak dia mandikan emak dia.. ini saya baca dalam satu laman web..
Post a Comment