Wednesday, August 02, 2006

Mencetuskan ilhamku...


MALAM tadi aku masih berjaga. Tetapi tidaklah sehingga ke Subuh. Cukuplah sampai ke pukul 4 pagi. Tersedar setelah membaca komen dari Terra.. aku cuba menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang kulakukan.. Betul juga, kalau aku asyik dengan banyak perkara dalam satu masa, jawabnya semua terbengkalai.

Sebenarnya, kerja-kerja menyempurnakan manuskrip terbaru yang ku lakukan ini sudah bermula ketika dalam awal suku tahun kedua lagi. Aku memberikan target dalam diriku untuk menyiapkan keseluruhan cerita pada bulan Julai. Benar, hampir setiap waktu terluang ku habiskan di depan komputer. Kalau tidak menaip pun, aku akan mencari info-info yang releven dengan jalan cerita. Alhamdulillah.. ilham semakin mencurah-curah. Aku cuba memberikan yang terbaik buat semua. Walaupun aku sekadar penulis murahan.. huhu..

Inilah kali pertama aku membuat manuskrip yang paling panjang dalam hidupku. Sudah tentunya aku tidak mahu ia terputus di pertengahan jalan. Lantaran kebosanan dan kematian ilham di dalam pencarian.

Ilham selalu sukar hadir bila kita memaksa. Bila saatnya kita tidak mahu menulis, bukan main lagi ia turun mencurah-curah. Seperti hujan.. kita tidak pasti bila sebetulnya langit akan merembeskan tangisannya. Kita cuma boleh menjangka tetapi kita tidak boleh meneka dengan tepat. Sebab itulah agaknya orang boleh mengaitkan hujan dengan peribahasa...

Musim demam bola tiba pada bulan Jun-Julai yang lalu. Sebagai seorang yang bolehlah dikatakan terbias dengan 'demam kaki-kaki bola'.. aku tidak melepaskan peluang mengisi waktuku dengan bola. Sana bola.. sini bola.. bola itu bulat.. bola itu beralih dari kaki ke kaki.. bola itu dicuri ketika sedang enak sepasang kaki menggeleceknya.. bola, bola dan bola... dan yang pastinya, kisah manuskrip terbengkalai selama sebulan lebih gara-gara tumpuan yang lebih pada bola.. kalau ada pun masa untuk manuskrip, pastinya boleh dihitung dengan jari berapa jam sahaja ku habiskan untuknya..

Sebulan tanpa menatap cerita.. tentulah segalanya bagai baru bermula. Kabur sejenak.. aku seakan kekeringan ilham lagi untuk melancarkan bahtera yang ku labuhkan sebentar. Sudahnya, malam tadi.. bukan setakat satu mukasurat.. tetapi berpuluh-puluh mukasurat ku baca kembali demi menaikkan semangat ilham untuk kembali tercetus. Bukan hanya membaca sekali lalu.. aku berjaya menyunting beberapa perkataan dan ayat yang ku rasakan kurang sesuai. Begitulah berakhirnya pencarian ilhamku malam tadi. Alhamdulillah.. walaupun manuskrip aku tidak bertambah mukasuratnya, sekurang-kurangnya masa ku tidak terbazir begitu sahaja..

Sesungguhnya benar, ilham juga seperti manusia.. sukar berfungsi ketika keadaan tertekan. Ilham itu juga seperti manusia, pandai merajuk jika tidak diberi perhatian.. dan ilham juga seperti manusia..yang hadirnya sebagai satu anugerah.. dari Yang Maha Esa.

Sebab itu Dr Fadzilah selalu kata.. lakukan sesuatu secara konsisten.. :)

3 comments:

tumismenumis said...

Seronok bila baca tulisan orang yang pandai menulis ni. Cantik jer bahasa.
Lama tak baca novel melayu yang ada ciri ciri penulisan yang cenggini.

Konsistenkan la penulisan awak tu, nanti boleh saya tumpang baca gak bila siap nanti.

Nieys Zahri said...

mazudi, nieys sedang berusaha untuk konsisten menghasilkan penulisan yang memuaskan hati pembaca... nak menulis tak susah.. yang susah nak membuatkan orang lain rasa puas dan orang lain faham apa yang kita cuba sampaikan dengan cara yang paling halus..juga berkesan.. :)
terima kasih atas komen membina.. :)

nieys ni sebenarnya hanyalah seorang penulis murahan yang masih merangkak-rangkak mencari jalan.. maklumlah.. bila budak sains yang baru nak belajar mencintai bahasa sastera.. :)

rontol.. kalau orang merajuk..perlukan kesabaran dan kreatif untuk memujuk.. hehe.. *mungkin lain kali kita boleh kupas isu ni pulak..

Anonymous said...

Good piece of writing! Keep it up