Cetusan Tentang Aku...
Seperti yang ku perkatakan sebelum ini, ilham itu seperti manusia.. dan manusia seperti ilham.. tetapi manusia bernama Ilham tidak termasuk dalam cerita ini.. (aku sekadar bergurau kerana teringatkan seseorang yang bernama Ilham, suami sepupuku)
Bermula dengan lafaz Bismillah dan seteguk air kosong.. aku melayarkan coretan sebuah cetusanku pada hari ini...
Ketika aku membasuh pinggan, aku terfikirkan sesuatu. Ketika aku menonton televisyen, aku terfikirkan sesuatu dan ketika aku sedang menyiapkan diri untuk memulakan hari yang baru.. aku juga terfikirkan sesuatu.
Percaya atau tidak, setiap kali kita terfikirkan sesuatu.. sebenarnya kita sedang bercerita dengan seseorang. Siapa lagi kalau bukan diri sendiri. Dan tentunya setiap cerita yang kita bicarakan itu didengari oleh ALLAH.
Pendiam ataupun peramah..dua sifat yang bertentangan antara sekelompok manusia yang menumpang hidup di atas sebuah bumi yang fana. Fitrah manusia sebenarnya suka bercerita. Lebih tepat lagi, sesungguhnya manusia lebih suka bercerita tentang diri sendiri daripada orang lain.
Sewaktu kalian bersama rakan,
Barangkali, kerana itu juga aku lebih suka membahasakan diri sebagai "aku" di dalam setiap pelaku cerita ataupun setidak-tidaknya mengenai cetusan yang tercatat di sini. Semoga, setiap kali aku bercerita di sini.. kalian akan membacanya dengan perasaan seolah-olah kalian sedang bercerita sendiri. Andai tidak berbicara dengan sesiapa pun, berilusilah bahawa kalian sedang bercakap dengan diri sendiri.
Rasanya, manusia lebih banyak berfikir bila bercakap dengan diri sendiri..
1 comment:
Aku selalu bercakap dengan diri sendiri!
Post a Comment