Desperate Housewives
Para Surirumah yang Tertekan..? Hmm.. ini cuma terjemahannya sahaja. Suatu malam tu aku berkeras hendak menonton siri ini sedangkan adik perempuanku yang berusia 19 tahun menyuruh aku menukar ke saluran yang lain. Biasalah, disebabkan aku yang jadi tuan rumah dan kebetulan remote control berada di tanganku, terpaksalah dia ikut sahaja kehendakku.Tak sangka ya, bukan semua orang suka dengan cerita ni...
Tua sangatkah aku kerana suka dengan cerita ni...
atau.. adakah aku sebenarnya salah seorang suri rumah yang tertekan..? Hehe..
Terdapat beberapa adegan yang kurang baik ditonjolkan tetapi kalau hendak dikira berapa sangat cerita dari Barat yang semua kisahnya suci dan murni?
Aku suka menontonnya kerana ada suara latar yang bercerita. Aku juga mudah ketawa dan menangis bila ada bahagian yang mengusik perasaan. Aku juga pernah rasa tidak sabar-sabar hendak menulis kata-kata terakhir dari kisah yang terpapar setiap minggu kerana mempunyai natijah dan nilai moral. Sebenarnya, itulah antara intipati utama yang meletakkan sesuatu cerita itu bagus ataupun tidak pada kacamata aku yang dicelup warna biru ini.
Adik lelaki aku yang berusia 24 tahun pula kata, aku suka tengok cerita yang ada suara latar "sebab macam kisah benar je..kan?" Tapi hakikatnya.. aku kurang berminat dengan siri Kisah Benar di TV3.
Aku paling suka dengan watak Lynette lakonan Felicity Huffman. Patutlah dia menang award last year.. :)
Dan..menangis juga aku ketika anak angkat Gabby diambil kembali dalam siri malam tadi.. :(

8 comments:
percaya tak, hehehe akak tak pernah sekali pon menonton siri ini hehehehehe but now I am so desperately wanted to watch it :) takpa.. dah mintak kat kawan cd season 1 and jugak season 2 hehehehe
Nieys pulak utk season dua ni selalu jugak tertinggal.. especially masa demam World Cup hari tu.. hehe..
dah lama dah cari DVD full season tapi macam mahal la plak.. maybe, suatu hari nanti.. akan ku dapatkan juga.. :)
Salam,
1st time here.. Myself memang follow cerita DH nih.tapi dah beberapa episode terlepas....semalam baru ikut balik..
hai Arena,
selamat datang.. :)
semalam punya episod best kan? kesian Gabby, kehilangan baby dia..
avatar Arena cute la.. gambar masa kecik ya? nostalgik.. :)
aku minat citer tuh..siyes bes
erkkk...kak yus tak pernah tengok cerita ni dari mula sampai habis, tengok separuh jer, itu pun sekali jer....hehe.
shears >> eh.. tukar nama plak? hehe.. takpe.. takpe.. ko tetap orang yang sama.. huhu.. mmg best, memula nak kuar dulu takde la excited sangat nak tengok, lps tengok episod 1 terus minat.. :)
kak Yus >> tengok sekali je.. ? hehe.. tak kena dengan selera kot..
Masa DH first season, Ju tak pernah miss tapi masuk season 2 ni... slalu miss coz anak kacau....
anyway, i lurv felicity's acting cos sometimes it pictures me....
she gave me strengh...
Post a Comment