Break Sekejap! Ikan oh Ikan...
KISAH yang ingin ku paparkan pada hari ini agak berlainan sedikit dari rangkaian cetusan yang lalu. Hari ini aku ingin bercerita tentang seekor ikan yang kini telah pun tamat kehidupannya di dunia ini.
Sebelum aku meneruskan cerita, aku memohon maaf atas kelewatan menyiapkan cerita Nuraisyah. Kisahnya masih aku usahakan, insyaALLAH, besar kemungkinan pada minggu ini terlangsailah rentetan yang berlaku dalam kehidupan seorang gadis yang berada di dalam imaginasiku sejak minggu yang lalu.
Sejak mula mengenali suamiku kira-kira empat ke lima tahun yang lalu, aku pernah dikhabarkan tentang minatnya dalam memancing. Pernah juga aku berhasrat untuk belajar memancing sejak dari kecil tetapi, malangnya aku tidak pernah berpeluang melakukannya. Walau berkali-kali dia memberitahu soal ini, sekali pun kami belum berpeluang melakukannya atas beberapa sebab-musabab.
Kami singgah di kolam memancing yang terletak di Seksyen 24, Shah Alam. Tidak jauh daripada restoran yang kami langgani pada malam minggu itu. Ketika itulah terluah segala keterujaannya untuk kembali memancing. Sebaik sahaja mendapatkan beberapa informasi, suamiku bergegas ke sana dan ke mari mencari pancing.
Memandangkan malam sudah berlabuh, sukar sekali mencari kedai yang masih beroperasi. Akhirnya, dia berjaya mendapatkan pancing murahan keesokannya. Tak sangka.. itulah dinamakan rezeki. Terima kasih kepada seorang pakcik yang telah membantu suamiku yang terkial-kial keseorangan bergelut dengan seekor ikan siakap seberat 2 kilogram.. Alhamdulillah... :)

7 comments:
Siapa yg masak ikan tiga rasa tu?? Sedapnya nampak.....seronok yer dapat mkn ikan hasil tangkapan suami sendiri.
Ada dua blog rupanya nieys. Ke sana ke mari pulak akak..hehe.
Siapa lagi kak.. kalau dah ada ayat "berbekalkan RM15".. hehehe.. upah kedai siang dan masak sekali.. hahaha..
dah lama tak makan macam ni.. kawan2 hubby kat office ckp next time ajak diorang makan sama.. hehe.. memang besar pun untuk makan empat orang.. alhamdulillah.. rezeki.. :)
akak jangan terliur sangat.. kang susah plak.. hehe.. :D
Sepatutnya, kalau pertama dapat hasil tu, erm erm
aku cadang ikan tu supaya di keraskan lepas tu letak dalam cermin.
Lepas tu letak atas tv, wat perhiasan, ha ha ha
Tak suka memancing....tapi suka tengok gelagat kaki pancing...he he...
singa : huhu... singa sentiasa kreatif dalam membuatkan Nieys ketawa tanpa rasa spoil.. kah kah kah.. :D
blackpurple : Nieys pun tak penah memancing.. teringin nak belajar tapi tak tau la.. sabar ke tak.. hehe.. masa kerja dulu tak penah join pun budak office wat aktiviti tu..
alaa tadik gi kasik komen kat tempat gambar ikan tu.
Kim salam ngan suami tanya dia, mana lebih best, makan ikan siakap masak tiga rasa tu ker atau nikmat lagi masa melawan ngan ikan tu masa nak bawak naik time mancing tu.
mazudi,kalau pada hubby, mestilah masa dapat ikan tu lagi best.. hehe..
kalau budak 2 org yang join mkn tu tentunya pasal dapat makan ikan tu lagi best..
kalau tanya Nieys, bila hubby bawak balik ikan tu yang paling best.. hehe.. walaupun malas nak memasaknya.. hahaha.. :D :D
kat kolam tu katanya ada 150 je spesis ikan ni dan masuk dia baru 5 orang yang dapat.. alhamdulillah.. rezeki tu.. Tuhan nak uji riak ke tak riak.. bersyukur ke tak bersyukur.. :)
InsyaALLAH malam sabtu ni nak pergi sekali lagi tapi kali ni Nieys nak ikut.. dengan harapan dapatle bawak balik sekor dua ke kampung esok harinya.. hehe..
*nampaknya kenalah Nieys bawak notes ke, buku ke.. sementara nak tunggu umpan mengena.. :)
Post a Comment