Cetusan Ulangtahun Kelahiran
HARI ini genaplah usiaku yang ke-28. Syukur ke hadrat ILAHI kerana memanjangkan riwayatku untuk menikmati kehidupan sehingga kini. Terima kasih buat ibuku kerana melahirkan aku ke dunia ini dan memberiku peluang bernafas sehingga ke tangga usia yang semakin dewasa. Terima kasih juga buat ayahku kerana membesarkan aku sehingga aku menjadi seorang manusia yang masih bergelar manusia.
Kita sentiasa rasa gembira apabila hari ulangtahun kita menjelang tiba. Hati bertambah bahagia seandainya dapat meraikan hari ini bersama teman-teman, kekasih, suami, keluarga dan juga sesiapa jua yang disayangi.
“Selamat hari jadi! Dah tua engkau, ya? Berapa umur kau tahun ni?”
Itu sudah tentu menjadi soalan lazim yang terhambur dari bibir-bibir manusia yang mengucapkan ‘selamat hari jadi’.
Usia? Apa yang ada dengan usia? Hanya sekadar angka.
Dan masih lagi aku terlupa mengucapkan terima kasih kepada ibu kerana melahirkan aku pada hari Isnin, tanggal 24 Julai kira-kira 28 tahun yang lalu..Semoga belum terlewat untukku mengucapkan terima kasih padanya..
2 comments:
sorry Nieys,
Terra lately sibuk gan tugasan harian.. ditambah lagi dgn PC buat hal... dan internet pun kadang2 tak clear.. biasanya Terra surf internet dipagi hari sebelum pergi mangajar , time rehat atau sebelum balik...
terlepas pulak BESTday awak nyer...
anyway...
semoga tahun ni bersama umur itu akan membawa seribu rahmat dan kebahagian kepada Nieys dan keluarga...
Terima kasih Terra.. nasib baik Nieys tengok artikel2 lama ni.. baru perasan.. anyway, thanks again for being one of my beloved viewers... :)
Post a Comment