Cetusan kenangan : detik perkahwinanku..
SEMALAM suamiku memberitahu dia telah pun download segala gambar-gambar di dalam telefon bimbitku. Berhempas pulas ku mencarinya namun masih juga tidak ketemu.
Saat inilah telingaku menangkap sebuah lagu yang dimainkan di dalam komputer. Sebuah lagu Jepun yang aku tidak pasti apakah tajuknya. Aku pasti, kalian tahu lagu ini.. Manis iramanya biarpun aku tidak faham sepatah haram pun yang diperkatakan.. hehe..
Berulangkali aku memainkan lagu ini sambil membelek helaian demi helaian folder yang ada di dada skrin. Akhirnya aku terjumpa sebuah folder yang memuatkan beberapa gambar perkahwinanku tiga tahun yang lalu. Begitu cepat masa berlalu.. dah tiga tahun lebih rupanya usia pernikahanku. Segalanya masih segar di ingatan ini meskipun aku terlupa kedatangan ulangtahun beberapa bulan yang lalu. Mujurlah suami sempat mengingatkan sambil mempamerkan wajah yang hampa. Hehehe.. Maklumlah, selalunya aku yang terlebih dahulu mengucapkan apa-apa kecuali kali ini.. ia berlaku sebaliknya.
Dengan hati yang serba salah, aku ingin sekali mempamerkan kepada kalian beberapa foto yang ku ambil sekitar majlis perkahwinanku. Jangan nanti, ada yang kata aku gila glamour.. sudahlah. Ah, suka hati akulah! Inikan blog aku! Heheh.. sebenarnya.. aku tidak suka guna perkataan itu! Walaupun sesekali terlepas juga sepatah dua.
Sekadar mengimbas kembali kenangan tiga tahun yang lalu. Juga untuk tatapan beberapa orang teman yang tidak dapat hadir ke majlisku. Aku bernikah pada 01.02.03 bersamaan hari Sabtu. Majlis akad nikah dilakukan di masjid berdekatan dan pada masa itu keluargaku masih menetap di Tanah Merah, Kelantan. Rakan-rakan baikku tidak dapat menemaniku ketika majlis pernikahan hampir berlangsung.. dan aku pula, tidak punya rakan-rakan yang seusia denganku di sekitar kawasan rumahku. Walaupun debaran berombak kencang, aku menghadapinya sendirian…ditemani kakak ipar yang sesekali datang menjenguk.
Pengantin lelaki akan tiba beberapa minit. Dalam kelam-kabut itulah aku menyiapkan diri sendiri dengan ala-kadarnya. Mak andam belum hadir.. terpaksalah aku menggunakan kepakaran yang tidak seberapa ini. Mujurlah, sebagai perempuan.. aku tahu jugalah hal-hal menyolekkan diri sendiri! Hehe.. Makcik tu kata, “nasib baik pandai mekap..” Aku cuma senyum namun dalam hatiku rasa sedih.. “Kenapalah.. aku tak ada kawan masa ni..”
Aku ke masjid dengan ditemani seorang jiran (makcik itu) dan kakak iparku. Sebelum berlalu sempatlah mereka menyarungkan beberapa barang kemas di tubuhku. Mereka kata dalam majlis sebegini emas amat diperlukan.. hehe.. apa-apa sajalah! Aku bukan arif soal ini. Maklumlah.. aku rasa.. usiaku masih mentah ketika itu walaupun sudah pun tamat pengajian di Universiti..
Dalam perjalanan ke masjid, kami terserempak dengan teman-temanku. Tanpa disuruh, kereta Iswara aeroback berwarna hitam itu membelok dan menuruti kereta ayah. Isme, Dila, Punk dan Es hanya senyum-senyum padaku bila kami tiba di masjid. Aku amat berterima kasih pada mereka kerana sanggup hadir ke majlis perkahwinanku biarpun terpaksa meredah perjalanan yang boleh tahan jauhnya.. Tidak lupa juga, kepada keluarga Eje yang sanggup menumpangkan Punk dan Es bermalam meskipun Eje sendiri tidak ada di rumah ketika itu. Eje.. teman yang ku harapkan hadir namun tidak kesampaian juga akhirnya!
Tidak mahu bercerita panjang mengenai majlis perkahwinanku. Oleh itu, eloklah kiranya aku menempelkan beberapa kepingan gambar buat tatapan kalian. Dan biar inspirasiku melakarkan cetusannya..
Inilah Isme. Salah seorang dari teman akrabku. Dia yang sepatutnya menjadi pengapit hadir menunaikan janji-janjinya. Kelakarnya Isme, dia jauh lebih gelabah dariku. Ketika pengantin lelaki tiba di pagar rumah, dia tidak jumpa kasutnya maka dengan itu jugalah sepatu putihku menjadi sasaran. Mujur kami punya saiz yang sama. (Ketika itulah! Heheh.. ) Aku mempelawa Isme untuk menjadi pengapitku beberapa bulan sebelum pernikahan dengan kata-kata, “orang kata kalau jadi pengapit senang dapat jodoh..”
Dengan selamba juga Isme membalas, “Alah, aku selalu jadi pengapit orang tapi sampai sekarang tak ada pun..”
Aku kecewa juga kerana hanya gambar Isme sahaja yang ada di dalam simpananku. Sedangkan Es, Punk dan Dila juga hadir sama. Dalam kesempatan yang ada ini, ada jugalah terselit sekeping gambar Punk.. di sebelah kanan.. hehe..
Nolly dan suami yang baru bernikah beberapa minggu sebelum itu turut sama hadir memeriahkan majlis. Apa tidak meriahnya.. tanpa disangka..rupanya suami Nolly adalah rakan suamiku ketika di matrikulasi. Sebelum ini, Dila pernah menjadi junior suamiku di sekolah.. kini suami Nolly pula.. Hmm.. kecilnya dunia ini..
Lebih kurang seminggu selepas majlis di Kelantan, kami sekali lagi disandingkan di Taman Sri Kasih, Senawang. Majlis tambah meriah bagiku kerana kehadiran lebih ramai lagi teman-teman. Walaupun aku sedikit jengkel dengan “ketegasan” mak andam yang susah hendak melepaskan aku bersama teman-teman.. hatiku tetap rasa bahagia. Aku tahu, mak andam tu sebenarnya nak cepat balik.. tu pasallah aku asyik kena berposing saja! Geram jugak! Tapi.. aku sabar je lah.. hahaha.Ini gambar adik-beradikku dan juga kakak ipar dan anak saudaraku yang sulung. Khas untuk Eje.. kalau kau pandai, tekalah mana satu adikku yang bernama Hazirah.. Heheh..
Ini pula gambar kedua mak ayah dan mertuaku.
Acat dan Linda (kini sudah berkeluarga), Anim, Bobby (yg sepatutnya menjadi pengapit lelaki.. ceh!) dan juga pasangan pengantin baru ketika itu – Titi dan Yadzil.
No comments:
Post a Comment