Ular Yang Menakutkan
SEGAMAT: Seorang lelaki yang menangkap ular sawa menggunakan tangan hampir dibaham reptilia itu selepas tangan dan bahu kanannya dijerut ular itu di Kampung Tengah di sini, malam kelmarin.
Membaca berita tentang ular sawa dan seorang lelaki ini mengembalikan ingatanku kepada beberapa perkara. Pertama sekali tentu sahaja mengenai kejadian lelaki dibaham ular sawa di Pekan yang sama kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Waktu itu aku masih lagi dalam belasan tahun. Gambar lelaki yang kepalanya sudah berada di dalam mulut sang ular menghiasi dada-dada akhbar utama ketika itu.
Tak sangka, masih lagi berkisar tentang ular sawa di tempat yang sama. Mujur kali ini tiada kisah kematian yang dipaparkan melainkan beberapa ekor ayam yang telah menjadi habuan reptilia ini. Kalau Steve Irwin masih hidup pastinya dia tidak akan ketinggalan untuk mendapatkan tiket kapal terbang ke Malaysia dan memburu makhluk yang punya corak berulang tersebut.
Secara peribadi, aku belum pernah terserempak dengan ular sawa kecuali yang dipamerkan di zoo. Aku tidak geli bila melihat reptilia ini tetapi aku takut dengannya. Takut kerana ia mampu membunuh manusia. Manusia.. memang takut dengan kematian..
Aku pernah melangkah secara tidak sengaja seekor ular yang melintasi di hadapanku ketika hendak ke sekolah agama. Aku juga pernah menyaksikan ular berlingkaran tidak jauh dari tempat ku berdiri dan tidak kurang yang senyap-senyap menyusup ke dalam rumahku. Sewaktu aku di sekolah rendah, aku dan kawan bergurau senda dan saling tolak-menolak di tepi sebuah longkang. Tidak lama kemudian kami terlihat seekor ular tedung yang siap sedia menunggu di dalamnya. Kami terus berlari bagai tidak cukup kaki kerana takut dipatuk ular berkenaan. Alhamdulillah, umur masih panjang.
Sewaktu di UTM, aku pernah terlihat seekor ular hitam yang cukup besar menyusup keluar dari saluran di dalam longkang besar di tepi blok asrama. Cepat-cepat aku pulang ke bilik dan mengkhabarkan cerita itu pada kawan dengan muka yang pucat lesi.
Begitulah. Aku tidak fobia dengan ular. Aku ngeri bila mengenangkan apa yang mampu dilakukan oleh seekor ular pada manusia. Aku tidak tahu jenis-jenis ular secara terperinci. Namun, sekurang-kurangnya aku masih mampu menonton cerita mengenai ular di kaca TV ataupun menatap gambarnya di dalam suratkhabar. Hakikatnya, aku tetap tidak mahu ditemukan dengan ular dalam keadaan yang tidak selamat. Kerana aku belum cukup ilmu untuk menanganinya.
Sebenarnya ramai yang fobia dengan reptilia ini. Ada yang meremang bulu tengkuknya bila melihat kisahnya dipaparkan di TV. Ada juga temanku yang menjerit bila aku menyuakan gambar ular melingkar di dahan yang tersiar di dalam majalah Mastika miliknya. Sedangkan gambar itu hanyalah sekadar cetakan hitam putih.
Dan bila temanku itu datang ke bilikku dan merayu supaya aku 'staple' mukasurat yang mengandungi gambar ular seekor itu, barulah aku faham.. dia memang terlalu fobia dengan makhluk itu. Katanya, "Aku gelilah.. dengan corak berulang!"

No comments:
Post a Comment