Puasa Pertama
PUASA datang lagi! Macam tajuk lagu lah pula.. hmm.. bila tibanya Ramadhan, paling tidak.. sekali dua tu mesti memori akan melayang pada kisah belajar berpuasa pada pertama kalinya. Aku pasti, ramai di kalangan kita akan menjadikan pengalaman berpuasa pertama kali sebagai satu momen yang takkan luput dari ingatan. Paling tidak pun.. kalian juga pasti teringatkannya ataupun setidak-tidaknya masih belum lupa bilakah kali pertama kalian berpuasa penuh selama sebulan.
Aku jua tidak terkecuali dalam hal ini. Mengimbau kenangan ketika kanak-kanak, kali pertama belajar berpuasa adalah sewaktu usiaku mencecah 7 tahun. Aku hanya berpuasa pada hari pertama dan kedua. Bila arwah datukku bertanya kenapa tidak mahu berpuasa pada hari ini? (Ketika itu hari terakhir sebelum menjelang Aidilfitri).
Jawapanku cukup mudah, "Kita ada dua jenis hari raya, hari raya puasa dengan raya haji. Orang kata kalau tak puasa tak boleh raya. Jadi cukuplah puasa dua hari je."
Bila meningkat ke Darjah Dua, jumlah puasaku turut bertambah. Sekitar 25 hari andai tidak silap kiraanku. Ketika itulah, aku pernah termakan coklat pemberian rakan ketika hari sudah menjengah ke petang. Patutlah aku rasa lain macam je. Rupanya aku berpuasa pada hari itu. Mak kata, "Takpe. Tak sengaja.. tapi jangan sambung makan pulak.."
Setiap hari aku akan berjalan kaki pulang dari sekolah dalam jarak yang agak jauh. Amat memenatkan. Maklumlah waktu itu FELDA lebih banyak dipenuhi dengan debu dan panas yang begitu membahang. Telah berlaku pada suatu hari di mana aku berkumur sambil meminum air paip di sinki berhampiran ruang makan di rumah. Lega rasanya dan sesudah itulah, rutin meminum air paip bermula dan aku tidak pasti sebenarnya hanya beberapa hari sahaja puasaku yang tinggal pada Darjah Dua.
Dan Mak menegur pada suatu hari, "Asyik berkumur je.. minum air ke??"
Setiap kali aku terasa ingin membuka puasa, pastinya Mak akan menyatakan ayat ini, "Tak sayang ke puasa? Dah masuk tengahari ni.."
Pada mulanya aku hairan. Kenapa Mak selalu mengucapkan ayat tersebut. Kenapa perlu sayang dengan puasa?
Kini, barulah aku mengerti.
Mak akan mula membuat kuih raya ketika puasa hanya tinggal lebih kurang seminggu. Aku dan Abanglong adalah orang paling rajin menawarkan diri untuk membantu. Aroma kuih raya yang keluar dari ketuhar dari atas dapur gas (masa tu pakai dapur gas lagi..) sangat memikat kalbu. Mengusik keimanan kanak-kanak sekerdil aku. Lantas, aku akan mula meminta izin dari Mak untuk berbuka puasa. Dan pastinya Mak akan mengulangi ayat yang sama sehingga dia bosan. Akhirnya aku dibenarkan berbuka tetapi Mak langsung tidak menawarkan barang satu atau dua kuih raya untuk ku jamah dengan lidah yang begitu teruja hendak merasanya.
Namun, aku pun pandai juga mengatur kata dan puaslah hatiku bila dapat menoktahkan puasa pada hari itu dengan kuih-kuih raya.
Alhamdulillah, berjaya juga aku berpuasa penuh ketika masuk ke dalam Darjah Tiga. Sewaktu Darjah Empat pula, aku meninggalkan puasa sebanyak satu hari gara-gara Mak tidak bangun sahur dan sebelum ke sekolah, aku mengambil peluang meratah biskut kelapa kesukaanku waktu itu. Hehe..
Bila difikirkan, tidak menjadi masalah untuk berpuasa.. tetapi aku yang mencuri peluang itu.
Begitulah kronologi belajar-belajar berpuasa sewaktu zaman kanak-kanak. Aku yakin, kalian juga punya cerita tersendiri dan kenangan itu bakal membuatkan kita semua tersenyum. Sementelahan, ada juga antara rentetan peristiwa itu berulang pada kehidupan anak-anak kita dan ia membuatkan kita kembali mengimbau ke alam yang lalu.
Selamat Menempuh Bulan Ramadhan yang Penuh Berkat. Diharap perkongsian cerita sepanjang bulan Ramadhan ini dapat mengurangkan rasa tekanan kalian ketika menjalani puasa. Dan semoga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan dan beroleh ganjaran pahala yang besar; sebagaimana yang dijanjikanNya.

5 comments:
tak ingat ler aku poser first..tapi masa darjah satu aku salu makan waktu rehat..pastu balik umah mak pak aku tanya, aku jawab aku poser..haha..jahil betul aku
First time puasa, darjah dua. Sekolah petang, jalan kaki gi sekolah dekat 5km. Petang balik ikut sawah padi yg panas kan main tu, berenti kat perigi depan rumah atuk, timba air dan (ter)minum.
Sampai hari ni mak ngan ayah aku ingat hari tu adalah hari pertama aku puasa penuh.
Tak sengaja takper kan?
shears >> tu namanya pose yang yok, waktu rehat bukak periok.. hehe..
mazudi >> confirm ke tak sengaja? hehe.. :D biasala bebudak (ter)minum ke.. minum ke.. bapak budak pun kalau yang jahil pun biasa buat..
tapi masa bebudak memang camtu kan.. balik sekolah je 'melepek' je.. maklumlah.. zaman dulu gi sekolah kena jalan kaki jauh-jauh..
aku ingat lagi, masa darjah 1...member aku cakap kat sekolah, kalau tak larat posa..boleh posa sekerat hari...masih pastu tiap2 hari posa sekerat hari...hahahaha....
ps:start darjah 2 aku dah start posa penuh sehari...tapi masih lagi tak penuh sebulan..tak tahan godaan:)
13may >> puasa sekerat-sekerat.. dulu pun suka puasa sekerat2.. tapi bila nak buka selalu kena psiko ngan mak.. hehe..
Post a Comment