Tuesday, September 12, 2006

Jangan Lupa

SETIAP kali menjelang Ramadhan, sudah menjadi kebiasaan bila Kaum Hawa meninggalkan puasa beberapa hari atas sebab-sebab tertentu. Begitu juga dengan aku. Kadang-kadang cuma sehari dua dan kadang-kadang boleh mencapai belasan hari. Bergantung pada banyak keadaan. Salah satunya jika kedudukan Bulan Ramadhan itu sendiri yang memungkinkan aku dihadiri 'tetamu' pada awal dan juga penghujungnya.
Setiap kali Ramadhan makin berakhir juga aku akan berazam akan menggantikan puasa bersama dengan puasa enam Syawal. Alhamdulillah.. pernah juga aku melaksanakannya tetapi seumur hidupku mungkin kebanyakan puasa itu sekali sahaja cukup keenam-enam harinya. Yang lain, ada yang lima, tiga dan dalam kebanyakan masa.. pastinya aku tidak menggantikannya pada bulan Syawal.
Pejam celik, pejam celik.. akhirnya dah hampir ke Ramadhan berikutnya. Begitulah. Dan aku akan mula kelam-kabut menggantikannya bila tinggal bulan terakhir sebelum Ramadhan menjengah.
Syukur, tahun ini aku tidak meninggalkan satu hari pun puasa..dan aku rasa, kemungkinan besar juga Ramadhan akan datang ini bakal meninggalkan bebanan hutang puasa yang lebih banyak dari kebiasaan.. Oh tidak....
Sahabat sekalian, jangan lupa lunaskan hutang puasa yang masih tertunggak. Kalau terlewat nanti bertambah-tambah pula bunganya..

7 comments:

Ayu Mohamad said...

biasalh tu Nieys.. akak zaman 'jahiliah' dulu hehehe suka gak ganti diakhir2 bulan nak dekat ramadhan ni.. tapi dah insaf dah heheh kalaupun tak dpt buat waktu syawal.. akak cuba abiskan sebelum rejab menjelma :)

blackpurple @ jowopinter said...

Tak elok menggantikan puasa selepas 15 syaaban....

Baju raya dah tempah berapa pasang...? :D

Monster Mom said...

tgh bertungkus lumus ganti posa la nih..eih ish....ampun ya allah...
tu la...padan muka, suka procastinate lagi...

Anonymous said...

Saya tak berhutang apa apa. Alhamdulillah.

Nieys Zahri said...

Kak Ayu >> kiranya dah habis gantilah ni kan? hehe.. :D

blackpurple >> Tak elok? kenapa pulak tak elok?
baju raya tak tempah.. walaupun mak pandai menjahit.. beli je..sebab tak sampai hati nak mintak mak jahitkan.. banyak sangat..

junita >> tak apa.. janji ganti.. next time boleh ganti lebih awal.. :)

mazudi >> Alhamdulillah.. ingatkan kena 'ganti puasa dua bulan berturut2 tu..'nasib baik tak de kan..??

Unknown said...

Alhamdulillah dah dua tahun dapat puasa penuh. Harap kali ni pun dapat, sbb tgh peknen ni kan. Cuma takut tak larat jerlah, sbb kali ni asyik nak makan jer...heheh. Semoga sempat habiskan puasa ganti sebelum Ramadhan tu.

Nieys Zahri said...

Kak Yus >> semoga terlaksana niat nak habiskan puasa.. :)