Dewan-Dewan Yang Ada
SESUDAH menikmati makan malam di sebuah Restoran 'Sombong' di Seksyen 24, aku dah suami singgah kat sebuah kedai buku yang terletak di seberang jalan.
Alhamdulillah, akhirnya bertemu juga aku dengan majalah Dewan Agama dan Falsafah. Hanya tinggal satu naskhah sahaja. Murah. RM5 sahaja untuk satu salinan.
Pemilik kedai tu pun cakap pada aku, "Buku agama ada lagi kat dalam.."
Faham benarlah aku, dia nak suruh aku beli buku lagi. Pemilik kedai ni orang India dan aku rasa dia beragama Hindu.
Aku bukanlah selalu sangat beli bahan-bahan keagamaan dan ilmiah macam ni. Seingat aku, masa sekolah dulu selalu juga aku baca Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Dewan Kosmik.. macam-macam jenis 'Dewan' lagilah. Itupun sebab semua majalah tu dilanggani oleh pihak sekolah.
Seronok juga baca majalah macam ni. Maklumlah, aku cuma duduk di rumah sepanjang hari dan cuma kadang-kadang sahaja aku keluar. Itupun dalam seminggu mungkin tak sampai lima kali. (Tak termasuk bila keluar malam bersama suami).. Orang kata pemikiran sempit. Alhamdulillah, dengan adanya majalah macam ni dan ditambah ICT ni duniaku tidaklah sesempit yang diperkatakan.
Berbalik pada cerita di kedai tadi, aku tanya pemilik kedai tu, "Jurnal Pemikir ada jual tak?" Aku tahu sebenarnya tak ada jual tapi aku saja-saja meramahkan mulutku ini.
Lelaki tu jawab, "Tak adalah. Orang tak FIKIR pun nak beli. Majalah ini pun satu bulan mau jual tiga pun susah.."
Rupanya lebih senang nak cari majalah NONA (yang aku tercari-cari dulu) daripada majalah-majalah macam ni. Walaupun laris, kat kedai lain pasti ada terjual..
Aku faham. Aku pun pernah jadi orang-orang yang 'meminjam' majalah hiburan orang lain. Di luar sana sebenarnya ramai lagi orang-orang yang dahagakan majalah ilmiah tetapi sukar benar untuk mendapatkannya. Salah siapa? Sebenarnya tak ada siapa yang salah..
Dan kenapa, bila aku hendak membeli Dewan Masyarakat, orang akan senyum dan bertanya dengan nada hairan? Barangkali sebab tu tak ramai yang mahu membeli majalah berilmiah sebab tidak mahu menjadi perhatian di kedai buku...
2 comments:
Isk nieys. kedai sombong tu kat ner?? huhuhuhu
kalo tiara org kedai tu sombong siap ar..diaorang
- Aku Bukan Bidadari -
Tiara >> kedai tu kat seksyen 24, Shah Alam.. tak penah nak senyum walaupun kita bayar makanan kat dia.. tapi nasib baik le masakan OK le.. cepat gak kalau tak ramai orang... tapi kan..
walaupun dia pakai TV beso,.. dia akan selalu pasang siaran bola yang tak best.. jangan harap le nak nengok MU ke, Liverpool ke.. kalau pasang pun.. kejap2 tukar.. diorang mmg tak nak kita lepak lama kat ctu.. huhu.. pastu, kan.. pelayan2 dia selalllluuu berkira bila nak amik order.. huhu..
Post a Comment