Wednesday, July 05, 2006

demam..minggu penuh tragik!

SUDAH terlalu lama rasanya tidak mencatatkan apa-apa di sini. Demam.. ramai kata sebab pengaruh hujung minggu yang penuh tragik! Mula-mula Argentina kecundang..kemudiannya England (tapi bab ni takdelah sedih sangat..heheh) dan melengkapkan lagi kekecewaanku, pasukan samba pula mengakhiri perjuangan mereka dalam Piala Dunia 06!
Aku beranggapan ingin menyepikan diri dari menonton sebarang perlawanan sehingga ke akhir nanti. Nampaknya, jangkaanku meleset kerana semalam juga aku berjaga untuk turut serta dalam perlawanan separuh akhir, Germany-Italy. Aku tidak meletakkan harapan pada mana-mana pasukan. Buat pertama kalinya aku benar-benar melihat pasukan Italy beraksi. Tak sangka.. mereka jauh lebih hebat dari apa yang ku sangkakan! Namun, kerana terlalu penat aku akhirnya terlelap dan tersedar semula bila gol kedua dari Italy menembusi gawang Germany.
Ramai yang menjangka pasukan Germany akan mara ke peringkat akhir dan seterusnya menjulang Piala Dunia kali ini. Namun, ternyata bola itu bulat...dan dalam perlawanan, apa-apa sahaja boleh berlaku!
Demam.. bilalah nak kebah!



No comments: