Cetusan sebuah diari
PERNAHKAH anda menulis sebuah diari peribadi? Pernahkah anda membaca diari peribadi orang lain?
Persoalan ini membuatkan aku terfikirkan sesuatu. Sewaktu aku masih awal remaja, aku pernah terbaca diari abangku. Di dalam diarinya sudah tercatat ayat-ayat berupa peringatan supaya tiada sesiapapun yang cuba membacanya. Adat manusia, bila sesuai itu dilarang, maka dengan sekuat itu jugalah desakan hati meronta-ronta supaya melakukannya. Lagipun, memang seronok dan adventure rasanya bila dapat membaca rentetan kisah peribadi orang lain yang ditulis secara rahsia..
Memang seronok. Ada masanya hendak tergelak guling-guling. Ada masa juga rasanya hendak 'muntah hijau' bila membaca bahagian-bahagian yang agak 'jiwang karat'. Hmm.. abang aku, jiwang juga orangnya! Nampak sahaja kontrol macho, tapi bila meluah perasaan pasal awek.. bukan main lagi! Barangkali, itulah kata hatiku bila membacanya..
Aku menerima diari pertama pemberian abangku. Sebenarnya diari itu lebih berupa jurnal yang disediakan oleh pihak sekolahnya. Aku menerimanya dengan rasa gembira dan mula merangka kisah-kisah yang ingin ku coretkan di dalamnya. Apa lagi, kisah awal remaja yang penuh dengan keasyikan. Ketika itu aku baru sahaja belajar di sekolah yang baru setelah ayah berpindah ke Kelantan dari Perak. Aku tinggal di asrama harian.
Di dalam kelasku terdapat seorang lelaki yang bernama Razi. Dia seorang pengawas sekolah. Tinggi, berkarisma, bijak dan sebenarnya tidaklah kacak sangat! Aku rasa dia tidak sukakan aku.. entahlah kenapa..barangkali kerana dia rasa aku pelajar baru yang datang dari "negeri luar". Apa-apa sahajalah! Aku tidak tahu apa yang merasuk fikiranku sehinggakan aku boleh minat padanya. Minat yang mendalam untuk berkawan rapat dengannya. Bercinta? Mungkin tidak..mungkin juga ya! Aku tak pasti. Usia yang masih mentah dan di ambang pergolakan emosi..barangkali perkara itu adalah biasa dan aku sebenarnya sekadar tertarik dengan personalitinya sahaja. Tidak lebih dari itu.
Ketika aku di sekolah rendah, aku biasa disandarkan kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan penting di sekolah. Umpamanya Penolong Ketua Pengawas dan Pengerusi Kelab. Begitu juga ketika memasuki alam sekolah menengah. Sebaik sahaja aku berpindah sekolah, segala-galanya terlepas begitu sahaja dan aku tidak lagi menyandang apa-apa jawatan penting kecuali Pengerusi Kelab Bahasa. Rasa terkilan ada juga menyelinap di tangkai hatiku. Sudah terlalu biasa aku menjawat tugas sebagai Pengawas Sekolah. Namun, diriku bagaikan bukan 'siapa-siapa' lagi ketika aku duduk di bangku yang baru..
Setiap manusia ingin dihargai dan dikenali. Setiap manusia mempunyai keinginan untuk membuatkan dirinya "terpenting" di kalangan manusia yang lain. Itu kata-kata yang kuterjemahkan dari buku hasil tulisan Dale Carnegie. Benar sama sekali. Mungkin ledakan emosi yang tertahan dari dalam membuatkan aku sering merasa terpinggir dari sudut itu.
Berbalik kepada kisah diari. Hampir setiap hari aku meluahkan segala-galanya di atas lembaran putih itu. Tentang rasa hatiku yang kecewa dan terkilan. Tentang sumber inspirasiku ketika berada di dalam kelas. Tentang Razi yang jarang-jarang bercakap denganku tetapi bila dapat bertentang mata dengannya aku rasa gembira. Pelbagai variasi cerita. Itu dan ini. Sebaik mungkin segalanya ku luahkan di dalam diari itu. Diari itu bagaikan teman rapatku yang paling memahami. Dia hanya diam dan menunggu aku bercerita. Itulah kisah sebenar diri seorang manusia. Manusia biasa yang sebenarnya lebih suka bercerita tentang diri sendiri daripada mendengar kisah hidup orang lain.
Manusia boleh duduk berjam-jam membaca sebuah novel tetapi tidak boleh tahan bila duduk mendengar orang bercerita. Kelakarkan? Itu hakikat manusia ini yang sebenarnya terlalu banyak perkara yang nampak serupa tetapi tidak sama..Diari, coretan di blog, cerita dari mulut ke mulut, telinga yang mendengar, mata yang membaca..kesemua rangkuman itu menghasilkan asas yang sama tetapi hasil dan impak yang berlainan.
Setiap kali selepas aku menulis diari itu, pastinya aku meletakkannya di bawah bantal. Aku tahu, di situ bukanlah tempat yang paling selamat kerana sesiapa sahaja mampu mencuri-curi baca catatan peribadiku. Namun, aku malas hendak fikir cara lain untuk menyorokkannya.
Aku jarang bercerita tentang soal minatku terhadap Razi. Kalau ada pun, mungkin secara tidak sengaja. Itupun pada teman-teman yang ku kira akrab denganku di sekolah. Setelah beberapa bulan aku di situ, seorang teman di asrama memberitahu perihal beberapa orang rakan yang mencuri-curi baca diari kecil yang menyimpan banyak rahsia. Aku jadi marah! Hak peribadiku dicerobohi.
Pada suatu hari, beberapa orang rakan mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan beberapa hal. Ketika itulah timbulnya isu berkenaan diariku itu. Aku meluahkan rasa tidak puas hatiku. Dan sejak itu jugalah aku tidak lagi menulis diari itu. Beberapa lembaran yang tertulis rentetan kehidupanku di asrama yang penuh dengan orang yang suka "membuli insan luar sepertiku" berakhir sudah. Barangkali rasa ingin ketawa mengenangkan peristiwa itu. Namun, bagi diriku yang mengalaminya pada masa tersebut ia sudah tentu meninggalkan tamparan yang cukup hebat.
Mungkinkah itu balasan kerana perbuatanku mencuri-curi baca diari orang lain? Benar barangkali. Hakikatnya, catatan di dalam sebuah diari adalah sesuatu yang peribadi. Kenapa manusia hendak bercerita di dalam diari? Kerana dia ingin meluahkan segala yang terbuku di hati namun dalam masa yang sama tidak mahu orang lain tahu tentang kisah itu. Tidak semua perkara kita hendak kongsi bersama rakan. Ada ketikanya kita terpaksa berahsia demi menjaga sebuah perhubungan namun dalam pada itu juga, kita terbeban dengan suara hati yang terpendam. Jesteru itu, ada baiknya jika kita tidak membaca diari orang lain. Pernahkah anda membayangkan bagaimana perasaan anda seandainya di tengah keseronokan membaca diari, anda terlihat coretan nama anda tentang kisah yang anda tidak gemari? Pastinya anda akan merasa sakit hati, marah, sedih dan pelbagai kemelut emosi lagi bakal melanda diri dan lebih utama lagi, hubungan baik antara anda dan sahabat pastinya akan berubah. Sekalipun anda berbaik kembali, jernihnya belum pasti akan sama seperti dulu. Apa-apa pun.. diari adalah hak peribadi dan hormatilah hak peribadi orang lain sebagaimana anda mahu hak anda dihormati.
Kisah diari belum habis di situ. Dewasa ini, manusia lebih suka bercerita di dalam internet. Di mana lagi kalau bukan di halaman seperti blog ini. Percayakah anda, antara diari dan blog sebenarnya mempunyai pertalian yang amat rapat? Di dada internet inilah kita bercerita tentang suka dan duka yang mewarnai kehidupan kita. Kita bercerita tentang apa yang kita suka.. dan apa yang kita benci. Selagi boleh, seramai mungkin.. kita ingin sekali laman blog kita dikunjungi orang. Kita teruja bila orang mula membaca rentetan peristiwa yang kita tuliskan di sini.
Sesungguhnya manusia dan ceritanya.. banyak yang serupa tapi tak sama..

2 comments:
Assalamualaikum...
hai Nieys...
boleh ker Terra jadi pengunjung TETAP kat cni ??
hey... pernah baca buku by Dale Carnegie ker ??
Buku HOW TO STOP WORRYING AND START LIVING by Dale C adalah buku pertama yg Terra beli... sekarang dah ader 3 bukunya...
tentang diary plak... Terra memang kaki diari sejak form 5 lagi...
it's work for me to release my tension... tetapi masih lagi rahsia tuk dijadikan blog...
hey.. sekarang kul 5 dah...
masa tuk balik.. kerja2 jugak tapi... hidup mesti seimbang...
ambil masa tuk relax...
hav a sweet dream then !
waalaikumsalam, Terra.
Thanks sebab sudi kunjungi blog Nieys ni. Nak jadi pengunjung tetap? Apa salahnya.. dialu-alukan.. hehe.. :)
Dale Carnegie? Tak adalah banyak sangat baca buku dia. Nieys cuma ada dua buku dia je, How to win Friends & Influence People dengan buku yang Terra cakap tu. Tapi buku How to Stop Worrying tu tak habis-habis khatam lagi..Nieys memang suka baca buku-buku motivasi, fiksyen, psikologi.. tapi kadang-kadang masa dan mood tak berkesempatan. hihi.. biasalah.. syaitan suka kacau kan bila masa nak tambah ilmu ni.. bila start baca je.. mata mulalah berair.. :)
see ya.
take care.
Post a Comment